Mutiara Jiwa

Tuesday, November 17, 2009

Pengambilan Pelajar Baru Rumah Anak Yatim NADWAH - Permata Camar 2010

Salamwrt

Memandangkan Rumah Anak Yatim Permata CAMAR ni ada kaitan dengan ummi sebab ummi kerja kt sini...so ummi pun nk tolong war-warkan la pengambilan pelajar baru untuk tahun depan (2010) nanti...

Syarat Pengambilan:

1. Anak Yatim/Yatim Piatu
[ Maksudnya anak yang keMATIan ibu atau bapa atau kedua-duanya]
Kalau yang mak ayah dorg gaduh2 tarik-tarik rambut pastu bercerai..tak di kira yatim ler tu...harap paham yer..

2. Miskin (Pendapatan Keluarga Kurang dari RM 1000)
Kalo yang tahap 'fakir' tuh...kais pagi takde kais petang pun takde..insya Allah di pertimbangkan...

3. Lelaki
Pihak NADWAH belum bersedia utk mengambil anak yatim perempuan kerana kekurangan logistik

4. Berumur Antara 9-12 tahun
Baby-baby ni tak di ambil kerana kurang tenaga kerja..kang pening plak warden2 kita..tak gitu en.DmiiX?

5. Warganegara MALAYSIA / Islam
Warganegara Indon ke...Bangla ke...mintak maaf la yer..anda tak layak...

6. Sihat Tubuh Badan
Bukan penghidap HIV n apa-apa penyakit yang merbahaya...bukan apa...kami tiada dana untuk maintain ubat n suntikan klu ada yang jenis berpenyakit...

7. Bukan O.K.U
Penempatan CAMAR tak sesuai untuk golongan O.K.U...sbb umah pun kayu..kna naik tangga bagai...susahkan golongan ni jer...

8. Keutamaan Kepada Anak PAHANG...atau yang menetap di PAHANG
Yang ni..klu owk rhodong koi/kah/kawan...mesti la diutamakan dulu....

9. Sanggup tinggal di Penempatan Anak Yatim NADWAH -Permata CAMAR untuk jangkamasa tertentu
Klu baru dok sehari...asik meraung hua hua hua...nak balik umah...tak payoh masuk sini ler weihh...nyusohkan org tua jer...

Sesapa yang ada maklumat pelajar yang memenuhi kriteria diatas..sila hubungi
019-9175497
Tn. Hj. Badrul Huzaini bin Md. Yusof

***Pengambilan terhad kepada 15 Orang sahaja***

Tarikh Tutup: 25 Disember 2009
* Untuk memudahkan urusan pertukaran sekolah (jika perlu)*


Nengok kami nih yang dok cni lamer dah..ceria jer...semer baik-baik..takde gaduh2
"PEACE" gitu... ::wink::wink:: ;)

****************************************************************************************



Monday, November 9, 2009

Puting Bayi...Bukan Pilihan Terbaik

Salamwrt.

Sekarang baby A.H.A dah 31 minggu...hmm..ummi menunggu hari dah nih...pinggang pun dah sakit2..lenguh2..hopefully anak ummi selesa kat dalam..sorry ye syg..klu sesekali abg Hadi menghimpit..kesian jugak kat abg Hadi..cam tau2 jer adik dia dah on the way...so mungkin masa ni la dia amik masa nk bermanja dgn ummi dan baba...insya Allah..ummi dan baba takkan bezakan anak2 ummi nanti...semua kami syg...sayanggg sgt2..sbb sygla ummi tak bezakan persiapan menyambut si adik...walaupun brg2 abg Hadi byk yg bleh guna lg..nnt la ummi buat hospital list [hehehe...klu sempat...takut masuk labour dulu jek]..

sesambil ummi menambah ilmu ttg breastfeeding..ummi jumpa artikel ttg puting bayi nih...alhamdulillah abg Hadi dulu..xperience dgn puting nih tak lama...tak sampai berapa hari pun..abg Hadi mmg bijak...sesuai dgn nama dia ABQARI...ummi akui masa tu ummi dan baba kurang ilmu..abg Hadi nangis ummi sumbat puting angin ni...tp anak ummi yg bijak nih...pandai refuse..last2 puting tu pun hilang gitu jer..mujur gak dia hilang...dan ummi takkan cari lagi utk anak2 ummi yang lain...

huh ngeri!!!



ADAKAH anak anda menggunakan puting bayi? Jika ya, anda mungkin perlu menghadapi kenyataan yang pahit hasil penemuan terkini bidang perubatan.

Kanak-kanak yang menggunakan puting bayi sebenarnya berisiko tiga kali ganda menghadapi kesukaran bercakap ketika usia mereka menjelang dewasa kelak.

Tak ngeri ker????

Kajian saintis mendapati kanak-kanak prasekolah yang menggunakan puting bayi sekurang-kurangnya selama tiga tahun lebih cenderung mempunyai kesukaran membuat ucapan berbanding kanak-kanak yang langsung tidak menggunakan alat tersebut.

Penyelidikan tersebut turut membuktikan kanak-kanak yang menghisap jari juga menghadapi risiko lambat bercakap.

Kajian yang dijalankan sebelum ini oleh The American and Chilean adalah bagi mengetahui hubung kait antara tabiat suka menghisap ibu jari, penyusuan ibu dan penggunaan puting bayi bagi menenangkan bayi terhadap 128 orang kanak-kanak yang berumur antara tiga hingga lima tahun.

Mereka juga menggunakan ujian linguistik bagi mengenal pasti tahap normal perkembangan kebolehan bertutur dalam kalangan kanak-kanak tersebut terutama yang melibatkan sebutan dan bunyi huruf.

Menurut ketua penyelidik dari Universiti Washington, Dr. Clarita Barbosa, kanak-kanak yang menghisap jari, ibu jari atau puting bayi untuk tempoh sekurang-kurangnya selama tiga tahun akan mengalami gangguan dari segi perkembangan bahasa dan pertuturan sehingga tiga kali ganda.


BOTOL susu juga berupaya mengganggu perkembangan kanak-kanak.

Berbanding kanak-kanak yang diberi susu ibu sehingga mencecah usia sembilan bulan dan langsung tidak menggunakan botol susu, risiko terhadap mereka amat rendah.

"Hasil ujian ini menjelaskan bahawa lebih lama penggunaan puting bayi, kesukaran untuk bertutur akan semakin meningkat," jelas Barbosa.

Tambahnya, walaupun keputusan ini memerlukan bukti yang lebih mendalam terutama melibatkan jangka masa penyusuan ibu, orang ramai harus melihatnya sebagai langkah berjaga-jaga.

Perdebatan mengenai penggunaan puting bayi tersebut telah lama merunsingkan ibu bapa kerana sesetengah kanak-kanak amat selesa menggunakan puting tersebut bagi menenangkannya.

Doktor gigi bagaimanapun berkata, penggunaan puting bayi pada keadaan tertentu berupaya mengubah pembentukan gigi apabila digunakan terlalu lama.

Kajian itu dilakukan oleh sebuah pasukan dari de Rehabilitacion Club De Leones Cruz del Sur dan Universiti Washington. Ia diterbitkan dalam jurnal BMC Paediatrics.


AMALAN menggunakan puting bayi boleh mengakibatkan gejala kerosakan gigi pada kanak-kanak. - Gambar hiasan

Penggunaan secara berlebihan

Penggunaan puting bayi secara berlebihan, secara salah atau terlalu lama sehingga melangkaui zaman persekolahan boleh membawa kepada masalah mulut dan gigi.


Akibatnya:


* Gigi beralih posisi - Gigi tertolak ke depan menyebabkan gigi bawah dan atas bahagian depan tidak bertemu dengan baik.


* Kerosakan gigi (bahagian depan) - Berlaku jika puting bayi dicelup ke dalam bahan manis sebelum dihisap.


* Bernafas melalui mulut - Anak anda mungkin akan lebih cenderung untuk bernafas melalui mulut berbanding hidung. Keadaan ini boleh menyebabkan anak mengalami masalah air liur meleleh berpanjangan.


* Masalah pertuturan dan bahasa - Anak anda mungkin tidak dapat menggunakan sepenuhnya pergerakan lidah yang diperlukan untuk menghasilkan semua sebutan dan peluang mereka mungkin lebih tipis untuk menggunakan bunyi bagi tujuan berkomunikasi.


Kebaikannya...(pengalaman peribadi ummi)


Anak yang tidak menghisap puting tiruan ni..sebutannye lebih jelas..walaupun ada 'slang' pelat tu..tak boleh la nk nafikan..budak mmg melalui fasa tuh...tp pengalaman benar ummi dgn anak yang baru berusia 1 tahun 7 bulan...mmg berbeza...ada anak yg berusia dah 3 thn (no offence..tak maksudkan sesiapa)..tapi perkataan yg di sebut kurang jelas dan lebih susah utk paham..sbb dia dah terbiasa bercakap dgn sesuatu yg berada di dalam mulutnya...jadi perkataan itu tidak keluar dengan betul....


so konklusinya...berikan..sediakan..dan lakukan apa yg terbaik utk anak2 kita...kerana mereka adalah anak2 kita...walaupun sesusah mana kita menjaganya..insya Allah...ada hikmah di sebalik pemberiannya itu...anak adalah amanah Allah swt...


fikir2 kan dan selamat beramal!!!