Mutiara Jiwa

Showing posts with label Kerja. Show all posts
Showing posts with label Kerja. Show all posts

Thursday, September 24, 2009

Go To Work~ Isk Lomah Den!

Salamwrt. Hari nih hari pertama ummi masuk kijer pas beraya sakan
huh berkobar motivasi diri pg nih......
Assalamualaikum...



Haikkkk....Takde???


Sini plak..sini sini...Takde jugakkk!!!

Yg nih...haipp!! Soryy yerk! aku datang ari nih...nampak tak meja tuh sengaja ku sepahkan..wakaka..rajin lah kununnn....Hampess~~~


Habihh doh...!! Sekian sesi meng'update blog time malas kijer..


p/s: kepada sesaper yg rasa ada 'talent' seorang interior designer..bleh lah tlg bg cadangan camner nk cantik kan opis ku nih..maklum ler...bunga dlm taman nih..ummi sowang jerk..tak larat gak nk kemas sorang2..

Tuesday, May 12, 2009

Pelaburan Akhirat ....



klu korang rasa korang tak mampu nk bagi duit kat bebudak nih...apa salahnya korang panjang2 kan makluman/entry ini kepada kwn2 yang lain....semoga usaha ini menjadi pelaburan kita di akhirat kelak kerana telah meringankan beban anak yatim yang menjadi sebahagian dari saudara seIslam kita...
-------------------------------------------------------------------------------------------------

ASSALAMUALAIKUM WMT. WBT.
Semoga sahabat-sahabat sekalian sentiasa di dalam lindungan dan rahmat Allah s.w.t

Penempatan Anak-Anak Yatim NADWAH - PERMATA CAMAR yang diasas dan dikelolakan oleh Badan Nadwah Islamiah Pahang (NADWAH) berlokasi di Lot 9015A, Lorong Cempaka 1, Kampung Cempaka, Mukim Penor, 25150 Kuantan merupakan sebuah penempatan anak-anak yatim dan miskin dengan bilangan penghuni ketika ini seramai 29 orang (kesemuanya lelaki)

Sebahagian penghuni rumah anak yatim

Tanah yang diduduki ketika ini seluas 2.05 ekar telah diwakaf oleh seorang individu, dan pada penghujung 2008, PERMATA CAMAR mendapat tawaran untuk memiliki (membeli) tanah bersebelahan, Lot 2196 berkeluasan 2.31 ekar.

Rumah sedia ada di atas sebidang tanah wakaf yg telah di 'renovate' menjadi asrama pelajar


NADWAH merancang untuk membangunkan sebuah kompleks serba lengkap yang mampu memuatkan penghuni sehingga mencapai 100 orang (60 lelaki, 40 perempuan). Justeru itu, langkah untuk membeli tanah bersebelahan difikirkan amat wajar bagi tujuan memberikan ruang yang lebih selesa kepada anak-anak tersebut.


NADWAH mengambil langkah untuk menjual Secara WAKAF Lot Tanah berkenaan pada harga RM20 sekaki persegi. Individu yang berminat bolehlah membeli lot wakaf tersebut dan menyerahkan kembali kepada NADWAH untuk urusan pentadbiran dan pengendaliannya. Lot Tanah yang akan dijual-wakaf hanya terhad kepada keluasan 2.31 ekar sahaja atau keseluruhannya 100,643 lot sahaja.

Borang wakaf boleh di muat turun di sini
Borang wakaf camar

Profail lebih lanjut mengenai Rumah Anak Yatim NADWAH, sila klik
ProfailCamar

Sekiranya anda berada di luar Kuantan dan berminat untuk membeli lot wakaf ini sila ikut step berikut;-

A. BANK-IN KE AKAUN DI BIMB

i. Bank-in secara tunai mengikut jumlah lot yang ingin diwakafkan ke akaun atas nama PERMATA CAMAR di BIMB No. 06019010069849
(Contoh : 5 lot maka bank-in sebanyak RM100.00)

ii. Faks slip tersebut berserta Borang Wakaf yang telah diisi maklumat anda ke 09-5178704 - untuk kami kirimkan Sijil Wakaf berkenaan @

iii. Poskan slip tersebut berserta Borang Wakaf tersebut ke alamat NADWAH.


B. KIRIMAN CEK @ WANG POS

i. Cek @ Wang Pos tersebut mestilah atas nama PERMATA CAMAR

ii. Poskan cek @ wang pos berkenaan berserta Borang Wakaf ke alamat NADWAH


Pihak NADWAH akan mengirim segera Sijil Wakaf (yang hijau diatas) kepada tuan/puan setelah dokumen berkaitan diperoleh.

NADWAH mengalu-alukan kerjasama sahabat-sahabat sekalian untuk mewar-warkan wakaf ini kepada sahabat handai, saudara mara serta rakan taulan. mudah-mudahan mereka akan berlumba-lumba untuk merebut peluang ini. Gunalah apa sahaja medium yg mudah bagi anda menyampaikan perkara ini sebagai satu tangungjawab sosial anda kepada saudara seIslam kita. Hanya Allah yang dapat membalasnya.

“Dan tolong menolonglah kamu dalam (mengerjakan) kebaikan dan takwa dan janganlah kamu tolong menolong dalam berbuat dosa dan maksiat” - (Al-Ma’idah: 2).

"Apabila mati seseorang anak Adam, terputuslah amalannya kecuali tiga perkara, sedekah jariah, ilmu yang diambil orang manfaatnya dan anak yang soleh yang mendoakannya."

"Bantu Kami Untuk Membantu Mereka kerana Sesungguhnya Sumbangan Anda Adalah Cahaya Hidup Mereka"


Mohd Nazri Ibrahim
Setiausaha Kerja I NADWAH
019-9855887


Boleh juga hubungi aku:
012-9638695 (Puan Syida)
09-5178703 (Pejabat)
-------------------------------------------------------------------------------------------------
akcelli ni lah antara projek yg di buat oleh majikan NR...NR tak jaga bahagian anak yatim, tetapi terlibat juga secara tidak langsung...yerla dah NR dok sekretariat..kena la buat jugak...


Monday, April 27, 2009

Posting Orang Mengantuk...


Meeting Dlm Keadaan Mengantuk

Salamwrt..hari ni aku tak tau..betul2 mengantuk...meeting tadi pun sekejap2 aku menguap..lenguh juga 'keng' aku menahan untuk tidak menguap..sekejap2 aku tunduk ke bawah meja..harap2 takde sape2 yg perasan...last2 aku tgk boss aku pun nguap sama.."isk..ni syida la nih bawak virus ngantuk nih.."kata dia...lahh...perasan rupanyer..aku sengih jelah...hehehe...

Cakap Tepon Dlm Keadaan Mengantuk

Pernah tak uolls beada dlm situasi begini:

Situasi 1
Aku : Hello..selamat pagi..ye..cik ada apa2 yg sy boleh bantu [Dengan suara yg ceria..bertenaga]
Pemanggil : err..erm..kat mana nih [dengan suara teragak2]..
[aku mula hangin klu ada yg tanya gini...nak jer aku ckp..rumah mayatttttt..]

Situasi 2
Aku : Hello..selamat pagi..ye..encik ada apa2 yg sy boleh bantu [Dengan suara yg ceria..bertenaga]
Pemanggil: nih B**P ke? ada dapat surat jemputan mesyuarat tak? [dengan suara yg takde intonasi..mendatar..dan mcm takde perasaan]
Aku : Oh yg dari JKSP H*** ke?..ada2..tiba2...tutt tutt tutt[gagang dah letak]..
[...dah letak phone rupanyer...tak reti ker nk wish terima kasih ker..lahai..sian betul manusia nih..menyumpah aku dalam ati..hish..aku pun ngantuk jugakk..tapi masih lagi menjaga adab ketimuran ku]...

Kalu uolls di tempat ku per yg uolls buat???...

Posting Dlm Keadaan Mengantuk

Nama pun mengantuk...so dia campur aduk sekali mengigau la...merepek laa..sbb nk marah ngan tukang tepon yg dua ekoq tu tadi...kedua2nya dari govt sector nih[no offence]..bukan semua..tapi segelintir yg merosakkan susu sebelanga...so moral of the story...klu mengantukk..ubat paling mujarab ialah tido..kantoi ngan boss pandai2 laa uolls goreng..bak kate Nabil...lu pikiau la sendiri...kwang3x

Wednesday, April 22, 2009

Kursus Pengurusan Laktasi di HTAA, Kuantan

salamwrt

sejak semalam seharian aku berkampung di ACC HTAA...nilah kali pertama aku hadiri kursus berkaitan susu ibu nih memandangkan di Kuantan nih agak jarang NGO mahupun agensi kerajaan yang buat kursus2 berkaitan..mungkin ada..tapi kebanyakannya in-house...utk org dalaman sahaja...terasa bertuah juga di jemput bersama..mana taknye..yg lain tuh semua yg berseragam biru dan putih jer..aku dan beberapa org lg jer yg berkaler-kaler bajunya..hehe..nnt la aku ceritakan lagi tentang nih..memandangkan aku perlu ke HTAA lagi untuk hari nih dan esok...dan sedikit overview untuk moms-to-be ni adalah antara video yang di tayangkan...mungkin mommies yg dah expert ttg susu ibu nih bleh tlg komen/explain..



haih..terasa cam nk bersalin lagi jer sejak dua menjak nih...:P

Tuesday, April 14, 2009

Siaran Tergendala Sebentar...

Maap tak bleh nk update blog lg waktu nih...sbb:
  • Skrg tgh banyak kijer kt opis
  • Segan nk update blog kt opis...padahal bleh jer cilok jap..;) ceh..cam takde kijer jer...
  • Broadband yang "LIPUTAN TERLUAS" la konon..tapi hampeh!!! lembab tahap gaban!! any suggestion???...nk tukar P1 W1max lum sampai lagi kt Kontan nih...

So harap maklum...nnt ada masa ku cilok jua...hehehe...