Mutiara Jiwa

Showing posts with label Amal. Show all posts
Showing posts with label Amal. Show all posts

Monday, June 15, 2009

~ Fitrah Yang Menjadi Fitnah~21SX

Salamwrt. Mood NR terganggu sikit pagi nih...malas nk citer yg citer nih dapat kat maner...pepagi lagi dah 'ter' layan cerita ''lushahsssxx''...erm knapa 21SX?sbb pada hemat NR umo 18 tahun skrg nih masih belum lagi berkahwin..dan umo purata seseorang di malaysia menamatkan zaman bujang adalah 21 thn dan ke atas....

Gini citernyer..makcik2 tuh...hadoi...ada ker patut dia cerita pasal hal2 dalam kain dia dekat org... boleh dia kata..."Ko tahu...Pakcik ko tu sakit mmg ler sakit tp bila *tuttttttttttt.*...tip top!!!"...sampuk plak sorang lagi makcik yg asma tahap kronik... "alah...abg aku lg best....3round deret ko tau...naik mengah aku"[syyyy...NR pun sedikit segan mengeluarkan kenyataan ni]....NR tersenyum sumbing...dengan sopan mintak diri utk tidak menyertai perbualan yg nonsense! hampeh!...ilang penat NR....geli geleman dengan makcik2 yg dah 'kerepot' tp hati mcm org muda...

Teringat masa belajar dulu...Perkara yg melibatkan 'aib' /maruah suami dan isteri hanya boleh di ceritakan dalam keadaan yg berikut sahaja:

- Ketika terdapat masalah berkaitan fizikal alat kelamin pasangan, boleh lah di ceritakan setakat yg perlu sahaja kepada doktor muslim.

~Seeloknya klu yg isteri..bw la isteri jumpa doktor pompuan~jangan terlalu dayus untuk meninggalkan isteri bersama doktor lelaki hanya berdua, tupun klu dah takde sangat doktor pompuan..

- Ketika meminta nasihat dari Qadhi berkaitan masalah yg berpunca dari perkara dalam kain nih..

Kedua2 keadaan ini memerlukan kita beradab dan berakhlak sebagai seorang muslim..maksudnya, aurat dan tingkahlaku mestilah terjaga.

Balik citer makcik2 tadi..alaaahai...terfikir juga...klu golongan tua dah begini...bagaimana dgn yg muda...??? Tu tak masuk lagi iklan2 TV yg kebelakangan ni agak 'daring'...mempromosikan produk2 keintiman...jelek tgk perempuan bertudung yg memegang botol satu produk sambil berkata..."Hubungan intim bersama suami semakin mesra"...Ya Allah!!! sampai camtu!!!

Sungguh manusia sekarang semakin kurang adabnya...Fitrah yang sepatutnya hanya di nikmati bersama suami atau isteri...dan hanya menjadi rahsia bersama telah menjadi fitnah yang bakal menghumbankan si pembuka aib ke neraka...ingatlah...!!!

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
...ohh kesian anak Ummi yg kt dlm nih...sepatutnye Ummi dah naik awal tadi..pasang mp3 Quran...spy bby bleh dengar yg baik2...tp ari ni Ummi teruji...maafkan Ummi...Ummi janji tak ngumpat lagi...



Tuesday, May 12, 2009

Pelaburan Akhirat ....



klu korang rasa korang tak mampu nk bagi duit kat bebudak nih...apa salahnya korang panjang2 kan makluman/entry ini kepada kwn2 yang lain....semoga usaha ini menjadi pelaburan kita di akhirat kelak kerana telah meringankan beban anak yatim yang menjadi sebahagian dari saudara seIslam kita...
-------------------------------------------------------------------------------------------------

ASSALAMUALAIKUM WMT. WBT.
Semoga sahabat-sahabat sekalian sentiasa di dalam lindungan dan rahmat Allah s.w.t

Penempatan Anak-Anak Yatim NADWAH - PERMATA CAMAR yang diasas dan dikelolakan oleh Badan Nadwah Islamiah Pahang (NADWAH) berlokasi di Lot 9015A, Lorong Cempaka 1, Kampung Cempaka, Mukim Penor, 25150 Kuantan merupakan sebuah penempatan anak-anak yatim dan miskin dengan bilangan penghuni ketika ini seramai 29 orang (kesemuanya lelaki)

Sebahagian penghuni rumah anak yatim

Tanah yang diduduki ketika ini seluas 2.05 ekar telah diwakaf oleh seorang individu, dan pada penghujung 2008, PERMATA CAMAR mendapat tawaran untuk memiliki (membeli) tanah bersebelahan, Lot 2196 berkeluasan 2.31 ekar.

Rumah sedia ada di atas sebidang tanah wakaf yg telah di 'renovate' menjadi asrama pelajar


NADWAH merancang untuk membangunkan sebuah kompleks serba lengkap yang mampu memuatkan penghuni sehingga mencapai 100 orang (60 lelaki, 40 perempuan). Justeru itu, langkah untuk membeli tanah bersebelahan difikirkan amat wajar bagi tujuan memberikan ruang yang lebih selesa kepada anak-anak tersebut.


NADWAH mengambil langkah untuk menjual Secara WAKAF Lot Tanah berkenaan pada harga RM20 sekaki persegi. Individu yang berminat bolehlah membeli lot wakaf tersebut dan menyerahkan kembali kepada NADWAH untuk urusan pentadbiran dan pengendaliannya. Lot Tanah yang akan dijual-wakaf hanya terhad kepada keluasan 2.31 ekar sahaja atau keseluruhannya 100,643 lot sahaja.

Borang wakaf boleh di muat turun di sini
Borang wakaf camar

Profail lebih lanjut mengenai Rumah Anak Yatim NADWAH, sila klik
ProfailCamar

Sekiranya anda berada di luar Kuantan dan berminat untuk membeli lot wakaf ini sila ikut step berikut;-

A. BANK-IN KE AKAUN DI BIMB

i. Bank-in secara tunai mengikut jumlah lot yang ingin diwakafkan ke akaun atas nama PERMATA CAMAR di BIMB No. 06019010069849
(Contoh : 5 lot maka bank-in sebanyak RM100.00)

ii. Faks slip tersebut berserta Borang Wakaf yang telah diisi maklumat anda ke 09-5178704 - untuk kami kirimkan Sijil Wakaf berkenaan @

iii. Poskan slip tersebut berserta Borang Wakaf tersebut ke alamat NADWAH.


B. KIRIMAN CEK @ WANG POS

i. Cek @ Wang Pos tersebut mestilah atas nama PERMATA CAMAR

ii. Poskan cek @ wang pos berkenaan berserta Borang Wakaf ke alamat NADWAH


Pihak NADWAH akan mengirim segera Sijil Wakaf (yang hijau diatas) kepada tuan/puan setelah dokumen berkaitan diperoleh.

NADWAH mengalu-alukan kerjasama sahabat-sahabat sekalian untuk mewar-warkan wakaf ini kepada sahabat handai, saudara mara serta rakan taulan. mudah-mudahan mereka akan berlumba-lumba untuk merebut peluang ini. Gunalah apa sahaja medium yg mudah bagi anda menyampaikan perkara ini sebagai satu tangungjawab sosial anda kepada saudara seIslam kita. Hanya Allah yang dapat membalasnya.

“Dan tolong menolonglah kamu dalam (mengerjakan) kebaikan dan takwa dan janganlah kamu tolong menolong dalam berbuat dosa dan maksiat” - (Al-Ma’idah: 2).

"Apabila mati seseorang anak Adam, terputuslah amalannya kecuali tiga perkara, sedekah jariah, ilmu yang diambil orang manfaatnya dan anak yang soleh yang mendoakannya."

"Bantu Kami Untuk Membantu Mereka kerana Sesungguhnya Sumbangan Anda Adalah Cahaya Hidup Mereka"


Mohd Nazri Ibrahim
Setiausaha Kerja I NADWAH
019-9855887


Boleh juga hubungi aku:
012-9638695 (Puan Syida)
09-5178703 (Pejabat)
-------------------------------------------------------------------------------------------------
akcelli ni lah antara projek yg di buat oleh majikan NR...NR tak jaga bahagian anak yatim, tetapi terlibat juga secara tidak langsung...yerla dah NR dok sekretariat..kena la buat jugak...