Mutiara Jiwa

Showing posts with label Tazkirah. Show all posts
Showing posts with label Tazkirah. Show all posts

Tuesday, August 18, 2009

Doa Jibril Menjelang Ramadhan: Adakah Ia Wujud?


Setiap kali Ramadhan semakin menjelang, pastinya ummi akan menerima mesej yang difowardkan melalui yahoo mesengger tentang sebuah hadis berkaitan doa Jibril dan diaminkan oleh Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam serta para Sahabat. Hadis tersebut berbunyi:

Malaikat jibril Menjelang Ramadhan “Ya Allah tolong abaikan puasa ummat Muhammad, apabila sebelum memasuki bulan Ramadhan dia tidak melakukan hal-hal yang berikut:

* Tidak memohon maaf terlebih dahulu kepada kedua orang tuanya (jika masih ada);

* Tidak bermaafan terlebih dahulu antara suami istri;

* Tidak bermaafan terlebih dahulu dengan orang-orang sekitarnya.” Maka Rasulullah pun mengatakan Amiin sebanyak3 kali.


Oleh kerana ummi tidak berpuas hati dengan hadis tersebut yang tidak di takhrij kan dengan betul dan ummi tidak pernah dengar pun hadis berkenaan semasa dalam tempoh ummi mengaji dan bertalaqqi tentang ulum hadis, ummi telah mengambil masa yang agak lama untuk mengkajinya. Maklum la keterbatasan ilmu dan masa yang ummi hadapi sejak meninggalkan bangku pengajian membuatkan ummi lebih berhati-hati menyebarkan sebarang ilmu. Apatah lagi jika ianya bersandarkan kepada Rasulullah. Menyebarkan sebarang fitnah seperti di atas yang di sanadkan kepada Rasulullah, seolah-olah kita menyebarkan hadis yang palsu dan menghina baginda...nauzubillah. Akhirnya ummi temui satu weblog seorang ustaz ini yang membicarakan perkara yang sama. Semoga ia menjadi panduan dan renungan kita bersama.


~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Source: http://soaljawab.wordpress.com

Saya sudah berusaha sedaya mampu saya mencarinya di dalam kitab-kitab hadis namun tidak saya temui. Malah kitab-kitab fiqh juga tidak membahaskan mengenai perlunya meminta maaf sebelum masuknya bulan Ramadhan bagi mengelakkan diabaikan puasa kita oleh Allah Subhana wa Ta’ala. Kebanyakkan yang menyebarkan hadis itu sendiri tidak sedar bahawa tidak semua hadis itu sahih (authentic) hanya sekiranya ia menyatakan “Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda” atau “Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam melakukan itu dan ini”.

Untuk lebih memahami hal berkaitan hadis dan larangan menyebarkan hadis yang tidak sahih atau diragui kesahihannya oleh penyebar, sila rujuk tulisan saya yang bertajuk Berdusta Ke Atas Rasulullah.

Saya tidak berani meletakkan darjat hadis tersebut (samada sahih, hasan, dhaif atau palsu) kerana biarlah mereka yang lebih alim dalam bidang hadis melakukannya. Cuma yang boleh saya katakan, saya (dan beberapa orang yang turut pernah menyemaknya) tidak menemui sebarang tanda yang boleh membawa kita menilai darjatnya. Sesiapa yang menyatakan ia sahih, sila kemukakan hujah dan bukti dan sampaikan pada saya agar saya boleh mendapat manfaat ilmu itu.

قُلْ هَاتُواْ بُرْهَانَكُمْ إِن كُنتُمْ صَادِقِينَ

Katakanlah: Tunjukkanlah bukti kebenaranmu jika kamu adalah orang yang benar.[al-Baqarah 2:111]

Adapun terdapat hadis yang mirip dengan hadis yang diforwardkan itu. Hadisnya adalah seperti berikut. Daripada Jabir bin Abdullah radhiallahu’anhuma:

أن النبي صلى الله عليه وسلم رَقَى المِنبر فَلما رَقَى الدَّرجة الأُولى قال : ( آمِين ) ثُم رَقى الثَانية فَقال : ( آمِينَ ) ثُم رَقى الثَالثة فَقال : ( آمِينَ ) فقالوا : يا رسول الله سَمعنَاك تَقولُ : ( آمينَ ) ثَلاث مَرات ؟ قال : ( لَما رَقيتُ الدَّرجةَ الأُولى جَاءِني جِبريلُ صلى الله عليه وسلم فَقال : شَقي عَبدٌ أَدركَ رمضانَ فانسَلخَ مِنهُ ولَم يُغفَر لَه فَقلتُ : آمِينَ ، ثُم قَال شَقي عَبدٌ أَدرك والدَيهِ أَو أَحدَهُما فَلم يُدخِلاهُ الجنَّةَ . فَقلتُ : آمينَ . ثُم قَال شَقي عَبدٌ ذُكرتَ عِندهُ ولَم يُصلِ عَليك . فَقلتُ : آمينَ )

Nabi Shallallahu ‘alaihi wasallam naik ke atas mimbar kemudian berkata, “Amin, amin, amin”.Para sahabat bertanya.”Kenapa engkau berkata amin, amin, amin, wahai Rasulullah?” Nabi Shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda:

“Telah datang malaikat Jibril dan ia berkata : ‘Celaka seseorang yang masuk bulan Ramadhan tetapi keluar dari bulan Ramadhan tidak diampuni dosanya oleh Allah dan katakanlah amin!’, maka aku berkata : ‘Amin’.

Kemudian Jibril berkata lagi. ‘Celaka seseorang yang mendapatkan kedua orang tuanya atau salah seorang dari keduanya masih hidup tetapi itu tidak memasukkan dia ke syurga dan katakanlah amin!’ maka kukatakan, ‘Amin’ “.

Kemudian Jibril berkata lagi.’Hai Muhammad celaka seseorang yang jika disebut nama engkau namun dia tidak bershalawat kepadamu dan katakanlah amin!’ maka kukatakan, ‘Amin’.”

[Dikeluarkan [takhrij] oleh Imam al-Bukhari di dalam Adab al-Mufrad dan dinilai Sahih Lighairihi oleh al-Albani di dalam Sahih Adab al-Mufrad – no: 644]

Ianya seakan-akan sama tetapi matan (isi kandungan) hadis tersebut nyata berbeza dan hadis ini sememangnya masyhur di dalam kitab-kitab yang membicarakan tentang Ramadhan. Namun kini nampaknya hadis yang tidak diketahui sahih ataupun tidak itu pula telah menjadi lebih terkenal.

Saya menulis bukan untuk membahaskan darjat hadis tersebut di sini tetapi fokus saya adalah berharap agar pembaca dalam membetulkan sikap dalam berinteraksi dengan hadis terutama yang kita tidak tahu sumbernya.



SIKAP KITA VS SIKAP PARA SAHABAT BERINTERAKSI DENGAN HADIS

Para Sahabat sekalipun pernah hidup di zaman Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam, mereka tidak mengamalkan sikap 'mempermudah' dalam mennampaikan hadis selepas kewafatan baginda. Mereka sangat teliti dan berhati-hati. Berbeza sekali dengan kita pada hari ini, dengar sahaja “Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda” atau “Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam melakukan itu dan ini” terus kita sebarkan siap berserta emoticon senyuman tanpa teliti dan berhati-hati. Mari kita lihat satu contoh sikap berhati-hati para Sahabat apabila berinteraksi dengan hadis Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam.

Daripada Abu Sa’id al-Khudri, dia berkata:

Aku (Sa’id al-Khudri) sedang menghadiri majlis yang diadakan oleh kaum Ansar, kemudian Abu Musa datang mendekatiku, dia berkata:

Aku (Abu Musa) telah mengucapkan salam tiga kali di hadapan pintu rumah Umar namun tidak mendapati jawapan, lalu aku pun pulang, kemudian aku ditanya orang: “Mengapa engkau pulang?” Aku telah mengucapkan salam tiga kali namun tidak mendapati jawapan, oleh sebab itu aku harus pulang, sebagaimana sabda Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam:

إذا استأذن أحدكم ثلاثاً فلم يؤذن له فليرجع

“Apabila kamu mengucapkan salam sebanyak tiga kali dan tidak mendapat jawapan maka hendaklah kamu pulang”

Abu Sa’id berkata: Demi Allah engkau telah mengeluarkan satu penjelasan, adakah diantara kamu sekalian yang pernah mendengarkan apa yang telah didengar oleh Abu Musa daripada Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam? Lalu Ubay bin Ka’ab berkata: Demi Allah tidak ada yang turut mendengarnya melainkan orang yang lebih muda diantara kami dan aku adalah orangnya, aku bersamanya semasa itu dan aku juga telah mengkhabarkan kepada Umar bahawa bahawa Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda sedemikian.

[Sahih al-Bukhari – no: 5891]

Para Sahabat takut menjadi orang yang banyak meriwayatkan hadis dikhuatiri mereka terjerumus ke dalam kesilapan dan kesalahan, hingga akhirnya membawa mereka untuk berdusta ke atas Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam, suatu perbuatan yang amat tercela dan mendapat ancaman yang sangat buruk daripada Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam.

[Manna’ Khalil al-Qathan, Mabahats Ulumul Hadis (Cara Mudah Memahami Ilmu-Ilmu Hadis), ms. 66]

Ancaman yang dimaksudkan itu adalah sabda Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam:

من كذب علي متعمدا فليتبوأ مقعده من النار

Barang siapa yang berdusta atasku (yakni atas namaku) dengan sengaja, maka hendaklah ia mengambil tempat duduknya (yakni tempat tinggalnya) di neraka.

[Sahih Muslim – no: 3]


BERDIAM DIRI LEBIH BAIK

Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda:

كفى بالمرء كذبا أن يحدث بكل ما سمع

Cukup bagi seseorang itu sebagai pendusta dengan menceritakan apa sahaja yang dia dengar.

[Sahih Muslim - hadis no: 5]

Sekiranya kita tidak pasti apabila menerima suatu hadis, kita ada tiga pilihan:

[1] Menyelidik dan menyemaknya bagi yang berkemampuan.

[2] Bertanya kepada yang lebih mengetahui terutama mengenai ilmu hadis .

[3] Berdiam diri daripada menyebarkannya sekiranya tidak mampu melakukan kedua-dua perkara diatas sehinggalah telah jelas hujah bahawa ianya sahih dan selamat disebarkan.

Contohilah sahabat yang begitu berhati-hati dalam meriwayatkan hadis kerana khuatir terjerumus dalam ancaman Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam.Ingatlah Firman Allah Subhana wa Ta’ala:

وَلاَ تَقْفُ مَا لَيْسَ لَكَ بِهِ عِلْمٌ إِنَّ السَّمْعَ وَالْبَصَرَ وَالْفُؤَادَ كُلُّ أُولـئِكَ كَانَ عَنْهُ مَسْؤُول

Dan janganlah engkau mengikut apa yang engkau tidak mempunyai pengetahuan mengenainya; sesungguhnya pendengaran dan penglihatan serta hati, semua anggota-anggota itu tetap akan ditanya tentang apa yang dilakukannya.

[al-Isra’ 17:36]
Teks asal:
http://demipena.com/

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Semoga Ramadhan Ini Membawa Keberkatan Buat Kita....

Monday, June 15, 2009

~ Fitrah Yang Menjadi Fitnah~21SX

Salamwrt. Mood NR terganggu sikit pagi nih...malas nk citer yg citer nih dapat kat maner...pepagi lagi dah 'ter' layan cerita ''lushahsssxx''...erm knapa 21SX?sbb pada hemat NR umo 18 tahun skrg nih masih belum lagi berkahwin..dan umo purata seseorang di malaysia menamatkan zaman bujang adalah 21 thn dan ke atas....

Gini citernyer..makcik2 tuh...hadoi...ada ker patut dia cerita pasal hal2 dalam kain dia dekat org... boleh dia kata..."Ko tahu...Pakcik ko tu sakit mmg ler sakit tp bila *tuttttttttttt.*...tip top!!!"...sampuk plak sorang lagi makcik yg asma tahap kronik... "alah...abg aku lg best....3round deret ko tau...naik mengah aku"[syyyy...NR pun sedikit segan mengeluarkan kenyataan ni]....NR tersenyum sumbing...dengan sopan mintak diri utk tidak menyertai perbualan yg nonsense! hampeh!...ilang penat NR....geli geleman dengan makcik2 yg dah 'kerepot' tp hati mcm org muda...

Teringat masa belajar dulu...Perkara yg melibatkan 'aib' /maruah suami dan isteri hanya boleh di ceritakan dalam keadaan yg berikut sahaja:

- Ketika terdapat masalah berkaitan fizikal alat kelamin pasangan, boleh lah di ceritakan setakat yg perlu sahaja kepada doktor muslim.

~Seeloknya klu yg isteri..bw la isteri jumpa doktor pompuan~jangan terlalu dayus untuk meninggalkan isteri bersama doktor lelaki hanya berdua, tupun klu dah takde sangat doktor pompuan..

- Ketika meminta nasihat dari Qadhi berkaitan masalah yg berpunca dari perkara dalam kain nih..

Kedua2 keadaan ini memerlukan kita beradab dan berakhlak sebagai seorang muslim..maksudnya, aurat dan tingkahlaku mestilah terjaga.

Balik citer makcik2 tadi..alaaahai...terfikir juga...klu golongan tua dah begini...bagaimana dgn yg muda...??? Tu tak masuk lagi iklan2 TV yg kebelakangan ni agak 'daring'...mempromosikan produk2 keintiman...jelek tgk perempuan bertudung yg memegang botol satu produk sambil berkata..."Hubungan intim bersama suami semakin mesra"...Ya Allah!!! sampai camtu!!!

Sungguh manusia sekarang semakin kurang adabnya...Fitrah yang sepatutnya hanya di nikmati bersama suami atau isteri...dan hanya menjadi rahsia bersama telah menjadi fitnah yang bakal menghumbankan si pembuka aib ke neraka...ingatlah...!!!

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
...ohh kesian anak Ummi yg kt dlm nih...sepatutnye Ummi dah naik awal tadi..pasang mp3 Quran...spy bby bleh dengar yg baik2...tp ari ni Ummi teruji...maafkan Ummi...Ummi janji tak ngumpat lagi...



Sunday, June 7, 2009

~Pengorbanan Se'ekor' Bapa~

Salamwrt.Huh..lamer aku..[opss tak mau dah ckp aku2 nih...nk guna nick per ek? erm.. NR laa..it stands for initial name of me right?] cuti2 mesia yek...ekcelli sempena hari utk bapak2 10 Jun nih...NR nk ajak antum [wahh bunyik arab daaa] tgk satu video nih...

Baca dan lihat dengan mode tenang



Moral of The Story
~~~~~~~~~~~~~
~Bapak Penguin berjalan berbatu2 hanya untuk menyelamatkan anaknya yang bakal lahir
~Dalam Suhu -50 darjah celsius Bapak Penguin menjaga/melindungi telur yg akan menetas di atas kakinya selama 4 bulan
~Dalam tempoh 4 bulan tu Bapak Penguin tak makan atau minum
~4 bulan tu jugak Bapak Penguin berdiri sepanjang masa
~Bapak Penguin 'menyusu' anak nya

Subhanallah! Subhanallah! Subhanallah! Maha Suci Allah!

Allah telah ilhamkan pengorbanan sebesar itu melalui sekor binatang untuk kita sebagai manusia mengambil iktibar darinya. Bersyukurlah anda2 semua [para bapak2 manusia] nih tak di jadikan sebagai Bapak Penguin...menitik gak air mata NR...sbb 'bapak2' manusia pun jarang yg mampu buat cam menatang yg seko nih buat..bukan takde yg bleh buat tapi tak byk...yg byk manusia buat...

Mak Beranak~Bapak ilang~ anak buang~
Mak Beranak~Bapak belagak mcm org bujang or mcm takde anak~anak2 duk ngan mak2 jerk~

~~~Kalu pesen mcm yg kedua tuh...jgn kecik ati klu dah tua2 bangka sok anak2 buat tak layan kt bapakk...what u give u get back..understand!!~~~

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
ada plak yg ckp aku NR emo nih kang!!!

Monday, April 6, 2009

Sebelum & Selepas.....alahaii...;)

selalu yg terjadi....
CINTA :
(sebelum kahwin)
C = cubit kiri, kanan rasa.
I = impian indah ibarat syurga.
N = nikah impian utama.
T = taat setia membawa bahagia.
A = awal dan akhir bersama-sama


(selepas kahwin)
C = cuka yang dituang pada luka.
I = iblis yang merosak minda.
N = nafsu semata-mata.
T = tuba yang dibalas semula.
A = api dalam neraka.

KASIH :
(sebelum kahwin)
K = kongsi semua suka duka.
A = abang adik, ayang anja.
S = sumpah janji di bibir sentiasa.
I = istana bahagia dah dicipta.
H = hatiku hatimu jua.

(selepas kahwin)
K = kaki tangan naik kat kepala.
A = abuk pun tara, nak makan apa??
S = simpati langsung tak ada.
I = ironi membakar jiwa.
H = hidup mati sama je.

SAYANG :
(sebelum kahwin)
S = sikit-sikit SORRY, sikit-sikit SORRY, mengada!
A = asal free mesti nak jumpa.
Y = you lap me, I lap you!
A = apa saja sanggup diduga.
N = nak itu, nak ini... mesti dapat.
G = gula-gula, coklat, teddy bear hadiah utama.

(selepas kahwin)
S = salah sikit kiamat dunia.
A = air tak sedap, basahlah mata.
Y = yang betul dia je.
A = ada takde, bagi anak reti la.
N = nak dilawan, digelar derhaka.
G = gaduh sampai lebam.

HATI :
(sebelum kahwin)
H = hanya dikau yang daku cinta.
A = air paip pun manis macam gula.
T = tak jumpa sehari boleh jadi gila.
I = igauan indah tak terkira.

(selepas kahwin)
H = hantu jembalang lagi sempurna.
A = air mata jadi teman setia.
T = tempat mengadu dah tak ada.
I = ikut hati mati, ikut rasa binasa... nak buatmacam mana?

tetapi yg seharusnya ialah...

C-Cinta sebelum berkahwin, biar sederhana, takmelanggar batas agama
I-Impian rumahtangga dirancangkan bersama (bknpraktikal seblm nikah)
N-Nikah didahulukan pembuka gerbang kebahagiaan
T-Timang cahaya mata sbg pengikat kasih sayang
A-Amalkan perintah Tuhan, Insyaallah bahagia membawake syurga.

K-Kasih berputik dikala pertunangan diikat
A-Akad dilafaz cinta berbunga
S-Suami disanjung-tinggi
I-Isteri disayangi
H-Harumlah kasih sepanjang zaman

S-Sayangkan Isteri kasihkan suami
A-Ada masalah, dibincangkan bersama
Y-Yang ringan sama dijinjing, berat sama dipikul
A-Amalkan hidup bertoleransi
N-Nak kekalkan bahagia, itu usaha bersama
G-Gaduh sesekali tu perkara biasa

H-Hati suami mesti dijaga
A-Apatah lagi hati isteri yang mudah tersentuh
T-Tanggung-jawab dipikul bersama
I-Isteri tak makan hati, suamipun tak cari ganti

Thursday, March 12, 2009

Keluhan Suami & Isteri

Ni dpt dr email aku dulu-dulu...mg jadi panduan...

30 luahan perasaan suami dan 12 luahan perasaan isteri. Aku rasa 12 tak cukup. so maybe kalau ada lagi yg sesuai utk ditambah boleh le email kat aku. aku rase tak aci sebab keluhan isteri sikit je, mesti banyak kan? suami pun isskkk... 30 je ke.. he he he...


30 Luahan Perasaan Suami


1."Isteriku, Iktitraflah kelakianku"
2."Isteriku,Jagalah Rumahku"
3."Isteriku, Janganlah Leteri aku"
4."Isteriku, Fahamilah Perasaanku"
5."Isteriku, Berbincanglah dengan ku"
6."Isteriku, Hiasilah Dirimu"
7."Isteriku, Berlemah Lembutlah terhadapku"
8."Isteriku,Hargailah pemberianku"
9."Isteriku, Janganlah Pilih Kasih Terhadap Anak-anak"
10."Isteriku, Jagalah Makan Minumku"
11."Isteriku,Jagalah pakaianku"
12."Isteriku , Didiklah Anak-Anakku"
13."Isteriku, Raikan Keluargaku"
14."Isteriku, Sembunyikanlah Kepintaran & Kelebihanmu"
15."Isteriku, Janganlah Membuang Masamu"

16."Isteriku, Janganlah Banyak Kerenah"
17."Isteriku, Patuhlah Kepadaku"
18."Isteriku, Janganlah Cemburu Buta"
19."Isteriku, Tunjukanlah sifat sabarmu"
20."Isteriku ,Iktiraflah Kepimpinanku"
21." Isteriku, Bantulah Kejayaan ku."
22"Isteriku,"Jadikan Anak2ku Insan Berakhlak mulia"
23."Isteriku, Permudahlan Penglibatan Sosial ku"
24."Isteriku, Janganlah Boros"
25."Isteriku, Hargailah Kejayaanku"
26"Isteriku,Galakkanlah Hobiku"
27."Isteriku, Suburkanlah Pembangunan Intelek ku"
28."Isteriku,Berjimat Cermatlah"
29."Isteriku, Berterus-terang dan Berkomunikasilah Denganku"
30."Isteriku, Janganlah Terlalu Mengawalku."


Keluhan Isteri Terhadap Suami


1. Suamiku...bimbinglah keluargamu...
2. Suamiku. janganler rileks aje.tolonglah sikit !!!
3. Suamiku...jagalah matamu...
4. Suamiku...jangan abaikan rumahtanggamu
5. Suamiku...jangan balik kerja lambat sangat
6. Suamiku...dengarlah rintihan hatiku....
7. Suamiku...bertutur dengan lembutlah nganku...jangan main hentam kromo aje!!!

8. Suamiku...setialah pada keluargamu....JANGAN CARI YANG LAIN!!!!
9. Suamiku...bersabarlah dengan kerenah anak-anakmu !!!
10.Suamiku...ciumlah pipiku @ dahiku sebelum pergi kerja
11.Suamiku...makan dan minumlah hidangan dari air tanganku. Jangan jeling aje dan nak komen aje.
12.Suamiku...pujilah diriku dan jangan bandingkan diriku dengan orang lain!!!!

nih ade tambah lagik nih...

13.
Suamiku...tanggunglah PTPTN ku!!!!

:))