NEXT A.H.A IS COMING...

pregnant

Mutiara Jiwa

Friday, December 25, 2009

MEDAISTORE LUCKY DRAW

*** STICKY MODE SEHINGGA 25 DISEMBER 2009 ***


Salamwrt.
Jeng..jeng jeng...mood me'ngontest' kembali lagi...kali nih ummi nk join Lucky Draw yang Medaistore a.k.a Kak Nik anjurkan...plak


Syarat-syaratnya mudah saja..
1. kena beli CD dulu? takde la...sape2 je boleh join ya.. kena jadi FOLLOWER MedaiStore dulu.

Dah lama jadi follower..siap beli CD Coolababy lagik dgn MedaiStore..byk plak tuh..dan yg bestnye k.Nik bagi best price...berapa? biarlah rahsia...kan k. Nik kan kan? ngeh..ngeh..ngeh..[sajer nk kasi tau jer]

2. pastu buat satu ENTRY promote Lucky Draw ni dan pastikan ia STICKY MODE sampai 25 Disember 2009

Nih tgh buat la nih...ehehe..

3. letak BANNER di side bar

Ok...See in ur right please...;)

4. senaraikan MedaiStore dalam BLOGLIST anda ye.

Oh.. yang ni pun dah lama letak..sbb berangan nk beli CD lagi....

5. dan jangan lupa LINK balik ke MedaiStore.

Link dah kt komen kt sini

6. tinggalkan jejak/komen supaya saya boleh menjejaki anda.

Beressss..........;)

HADIAHNYA?

yang pastinya 3 pemenang bertuah akan mendapat:

1 CD BAMBOO BABYTODD
- Ummi nk cuba plak bamboo babytodd nih..tak pnah guna lg..klu rezeki ummi dpt nih...sonoknyer-

1 CD COOLABABY
- Ummi mmg familiar sgt dgn brand nih..stakat nih ok sgt2..harga berpatutan..klu dpt lg bleh tambah koleksi ummi utk 2nd baby A.H.A yg bakal hadir..wahh..tak sabar laks..ehehe-

1 WETBAG
- Ummi tadak wetbag pun..sbb jarang travel jejauh..wetbag yg k.Nik bg skali dgn pakej CD dulu..ummi dah bg kt my SIL...so klu dapat nih pun ok gak -

dan hadiah2 misteri...
-Nakkk !! Nakkk! Nakk!!....[tamaknyer..ehehe..baby A.H.A jgn tiru perangai ummi yer]-

jom ramai2..mana la tahu bertuah..
Amiinn...insya Allah..

yang akan mencabut cabutan bertuah adalah Muslim dan Mikhail (anak2 bertuah k.Nik)
-Muslim ngan Mikhail pilih la aunty yer....nnt aunty bg coklat seposen...ahaksz..isk tak baikkan?-

tarikh tutup dengan rasminyer adalah pada
25 Disember 2009


Read more...

Friday, December 18, 2009

Contest Aksi Ceria Si Comel Bersama Stereng

Sticky Mode Sehingga 18 Disember 2009

PON ! PON! PON!

Salamwrt. Hehe...lantak korang ler klu korang nk ckp ummi 'contest maniac'....ker...'selok' ker... dah blog ummi..ummi pnyer suker laa...wakakakaka..ummi nk gak join..dah ummi ada byk masa..ummi godek la gambar2 yang berpatutan..hehehe....
Contest bersempena ngn 2nd Birthday Adam a.k.a anak pasangan yus+ryn yg bakal menjelma Disember ini...memandangkan contest ni senang...dan skang nih ummi tgh berserabut kepala otak kt opis nih...harap2 bleh release jap keserabutan ummi..
[byk kejer nk settle sblm ummi cuti ni...wehh..huk huk huk...]


Antara syarat2 contest :

*Copy banner kat atas ni boh kat sidebar korang berserta ngn link contest. Takde link otomatik puan penganjur reject n3 korang...

* Jadi follower blog yus+ryn ...Jangan segan2 eh...

* Umur anak antara 0-3yrs. Terbuka kepada boy & girl.

* Upload gambar anak korang berserta dgn aksi sterengnya. Letak nama dan umur, pehtu korang cerita laa serba sedikit pasal gambar tu...Tak kisah laa stereng ape pn jnji STERENG..

* Upload berapa banyak yg boleh, tapi hanya SATU gambar terbaik akan dipilih utk dipertandingkan....

* Kalau korang ada 2 org anak...boleh je...tp takleh gambar bersama kena gambar sorang2. Nnt susah nak wat keputusan..

* Setelah syarat kat atas ni complete, sila laa tinggalkan link korang supaya senang yus+ryn nak terjah..

Ummi nak letak gambar nih....

Abdul Hadi Abqari
1Tahun 9bln...

Sebab pe pilih pic ni?

Sebab...ini ler satu2nyer bukti yg Hadi penah naik keter yg masuk 2keping duit lima posen tuh...tanpa perasaan takut..n..gerun...agaknyer sbb ruper ala2 keter kot..ada stereng..seat dia best... so n so...dan sejak dua menjak dah membesar sebagai juara nih....walopun bleh katekan majoriti anak2 orang lain suka beno dok terhenjut2 dlm keter2 gini...yg dia nih..bleh takut naik 'menatang nih'...jejak kaki pun tak mboh...siap nangis macam trauma sgt nk dok lam ni..pasai per??..ntah laaa...ummi n baba masih tak tau...misteri betul...ker masa kecik dulu tuh...dia tak tau ape2..org wat aper..dia pasrah jer...or mungkin dia tak suker nk ngabihkan duit syiling ummi n baba kot...ker guaner??

Gambar ni kt Kuantan Plaza [sebelum Parkson bungkus]... masa ni Hadi umo lebih kurang 8 bulan...baru tumbuh gigi pertama..tu yg dok menggigit stereng tu jer...jenuh pegang dagu dia..tak bagi gigit..nak gigit jugak..haisshh...!!!!

walopun lari dari tema skit...si comel ummi nih..tetap ceria dengan stereng kete sewa tuh...singgit jer sewa dia utk 30 minit...berbaloi ke??

Ha..korang..kalo rajin.....terjah ler selagi stok masih ada....sebelum

18 Disember 2009 @ 10pm

HADIAH???

KENA TANYA PENGANJUR LER...YG UMMI TAU....

DISEDIAKAN UTK 3 PEMENANG SAHAJA
+
3 HADIAH LUCKY DRAW

APA LAGI, CEPAT2 LAH JOIN CONTEST

SELAMAT MENCUBA!!
.
.
P/S : Pemilihan pemenang akan diadili oleh juri2 jemputan, lucky draw akan dicabut sendiri oleh ADAM...


Read more...

Thursday, December 17, 2009

Salam Hijrah 1431 ~ Jom Baca Doa~

Salamwrt.

Hikmah membaca doa akhir tahun Hijrah adalah kita memperingati amalan-amalan pada tahun lalu; sama ada yang amalan yang membawa kebaikan mahupun amalan yang membawa kepada dosa dan lalu meminta ampun atas kesalahan-kesalahan serta meminta perlindungan Allah swt. daripada kejahatan syaitan dan manusia

Manakala hikmah membaca doa awal tahun Hijrah pula adalah kita memperbaharui azam untuk melakukan kebaikan dan meminta kekuatan dan hidayah untuk melaksanakannya

DOA AKHIR TAHUN

* Dibaca selepas solat asar i.e dalam waktu asar*


Bismillahirrahmanirrahim...

Segala puji bagi Allah, Tuhan sekelian alam. Selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad Sallallahu 'Alaihi Wasallam, ahli keluarga, dan sahabat-sahabatnya.


Ya Allah, telah berlalu setahun dalam hidup kami. Sesungguhnya Engkau telah menganugerahkan kami nikmat-Mu yang tidak dapat kami menjangkau kehebatannya. Engkau telah memelihara kami daripada keburukan yang tidak mampu kami menolaknya. Kami telah melakukan dalam tahun tersebut perbuatan dan amalan yang Engkau Maha mengetahui baik dan buruknya.


Ya Allah, sekiranya amalan tersebut bersesuain dengan ketetapan-Mu, terimalah dan catatkannya sebagai amalan soleh kami di sisi-Mu. Dan sekiranya amalan tersebut berbaur dengan sifat riya', ujub, dan menunjuk-nunjuk atau kami lakukan perilaku dosa, kesalahan dan keinginan yang buruk, maka kami pohon pengampunan-Mu dan tutupilah segala keaiban dan kesalahan. Kurniakanlah ke atas kami kelebihan dan keluasan sifat pemurah-Mu. Itulah kemuncak permintaan dan doa kami.


Ya Allah, sesungguhnya telah datang kepada kami tahun baru setelah kami meninggalkan tahun ini sebentar nanti, kami tidak tahu apakah yang terkandung dalam pengetahuan-Mu mengenai diri kami. Kami jahil ke mana arahnya penghidupan kami di alam maya ini. Harapan kami agar Engkau membuka lembaran tahun baru ini pintu taubat yang jujur dan tulus untuk kami, yang tidak berakhir dengan kekufuran dan kesesatan. Dan Engkau kurniakan taufiq kepada kami pada tahun ini untuk melakukan amalan-amalan soleh yang Engkau redai, kehidupan yang murni yang Engkau rahmati.


Ya Allah, peliharalah anggota kami agar melakukan ketaatan kepada-Mu. Peliharalah hati kami agar dipenuhi dengan kecintaan. Lapangkan hati kami agar dapat kami mendekati-Mu seperti mana Engkau telah lapangkan hati hamba-hamba-Mu yang soleh. Jadikan kami di antara orang-orang yang menepati janji dalam menjalankan hak. Jadikan kehidupan kami sebagai saksi yang benar terhadap setiap amalan seperti mana yang Engkau syariatkan kepada kami, Wahai Tuhan Yang Maha Pemurah, Yang Maha Penganugerah

DOA AWAL TAHUN


* Dibaca selepas solat maghrib i.e dalam waktu maghrib*


Bismillahirrahmanirrahim


Segala puji bagi Allah, Tuhan sekelian alam. Selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad Sallallahu 'Alaihi Wasallam, ahli keluarga, dan sahabat-sahabatnya.


Ya Allah, kami menadah tangan kepada-Mu pada waktu malam dan siang dalam keadaan kami bertawassul dengan nama-nama Mu, dalam keadaan kami mengharapkan gedung rahmat yang sarat di samping Mu. Dan dalam keadaan kami cinta sesungguhnya kepada-Mu dan cinta apa yang menghiasi kebesaran-Mu.


Ya Allah, Ya Rabbul Jalil. Dengan sunnah-Mu menjelang kini tahun baru yang telah Engkau tentukan mengikut qada dan qadar di Loh Mahfuz-Mu. Kami meredahnya di bawah Iradah dan Qudrat-Mu. Sebagai makhluk-Mu yang sentiasa mencari keredaan-Mu. Kehadiran tahun baru ini, memungkinkan kami menadah tangan memohon rahman-Mu, kami pertautkan permohonan kami sekental-kentalnya kepada Mu. Kami mengharap perdampingan taufik dan hidayah-Mu yang telah Engkau berikan kepada kami pada masa-masa yang lalu sepanjang usia kami. Engkau sempurnakan perlindungan dan pemberian-Mu yang begitu melimpah kepada kami. Jadikanlah diri kami, hati kami serta seluruh anggota badan kami jati kekuatan, sepertimana Engkau berikan kepada hamba-hamba Mu yang terpilih. Supaya kekuatan ini dapat kami gunakannya sebagai pelindung daripada segala kemungkaran, sama ada yang zahir atau yang batin. Dan dengannya kami dapat kelapangan pemikiran, keindahan kehidupan, kekuatan dalam keyakinan, ketetapan dalam pegangan agama, dan kebaikan untuk diri kami dan orang-orang sekitar kami.


Ya Allah, hindarkan kami daripada segala yang merungsingkan, pemikiran yang membingungkan, pengalaman yang menyedihkan dan menyempitkan dada kami. Kurniakan kepada kami keselamatan dalam pemeliharaan-Mu yang dapat melindung kami dari sebarang kejahatan, keburukan dan kerunsingan. Ya Allah, rahmatilah permintaan kami, terimalah kepasrahan diri kami kepada-Mu, Wahai Penolong hamba yang meminta pertolongan, tolonglah kami. Wahai Pencegah kemusnahan, hindarilah kami dari kemusnahan dan keporak-perandaan. Ya Rahman Ya Rahim! Jadikanlah lipatan tahun baru ini pembuka bagi kejayaan, ketenangan yang menyeluruh untuk kami dan kaum Muslimin keseluruhannya memelihara agama-Mu. Hamparkan di dalamnya hamparan rahmat-Mu sepertimana Engkau berikan kepada hamba-hamba Mu yang terpilih. Rahmat yang dapat menghindarkan segala kepayahan dan kerunsingan. Ya Allah, kekalkanlah tahun-tahun yang akan datang dalam hidup kami dengan catatan kegembiraan, kebahagian dan kelapangan, supaya kami dapat rasakan dalam detik hidup kami kenikmatan yang ada padanya. Ya Allah, jadikanlah tahun yang akan datang, semulia-mulia tahun yang Engkau berkati ke atas kami. Jadikanlah kami orang yang paling bahagia bersama-Mu. Ya Allah, ampunkanlah segala kesalahan kami, dan terimalah kebaikan kami, berkatilah masa, waktu dan segala gerak-geri kami.

Wassallalahu Ala Sayyidina Muhammad wa Ala Aalihi wa Sahbihi Wassalam....

Read more...

Tuesday, December 15, 2009

Baby With Transport Contest

Sticky Mode Sehingga 15 Disember 2009
Salamwrt.

Waktu blogwalking...ummi jumpe contest nih...sekadar memeriahkan dunia bloggger dan menghias blog ummi nih..sajer nk join contest nih....


menang ker kalah ker belakang kire..ummi suka sgt tgk gambo hadi masa 1st time dpt keter..selok kemain dia tolok keter nih..


Nama Budak Bertuah: Abdul Hadi Abqari
Umur Budak Bertuah: 1 Tahun 9 Bln

Baba beli keter nih masa Hadi baru pandai jalan...org tua2 kater...'dapat kaki'..masa tuh umo budak bertuah nih..10bln ++..nk masuk 11 bln...nilah mainan pertama yang baba belikan utk anak kesayangan yang yang ada ciri2 mainan budak lelaki sejati...sebelum2 nih...main keter ferrari kecik hadiah SHELL yang baba simpan buat koleksi
[dapat ker budak bertuah nih...habis punahhh ranah...ekekkeke]

Ummi amik gambar nih....masa petang2..sementara nk maghrib...masa nih dia tgh syok berangan...tak tau ler..ape yg budak nih tgh angankan..semer org lalu..dia lambai...agaknyer...ajak org naik keter dia la kot..tak pun nk tunjuk kt org yg dia ada keter tuh..... bajet cam dia sorang jer yg ada keter gtuh....agaknyerlaa

Kelebihan sejak ada 'transport' sendiri nih...ummi tak perlu lg 'assist' dia nk berjalan..dia dah pandai tolak keter..n kontrol 'speed' sendiri [ gitu ker??] dan yang paling ummi ingat sgt...dia dah semakin rajin tolong hambat kambing baba n abah....

video
video nih..sekadar penambah perisa jer...takde kaitan dgn n3 contest pun..hehe

Kowang..ibu2..bapak2..nk join gak??? jom terjahh

syarat2 nk join contest ni:

1. mestilah jd follower umminabilah and masukkan dlm bloglist korang....

2.copy banner kt atas kt sidebar anda and ltk kan link contest ni...

3. Buat satu entri & upload kan pic ank korang dgn aksi bersama transport diorang, letakkan nama , umur dan ceritakan sedikit pasal pic tu....transport tu xkira lah bentuk ape...tapi yg diorang main lah...walker x termasuk k...

4. umur anak korang mestilah 0-3 tahun...kalau pic tu diambil smasa umur ank anda x melebihi
3 tahun boleh lah diterima...

5.hanya 1 pic saja yg dibenarkan utk diupload kalau korang nk ltk banyak pun xpe tp umminabilah lah yg rambang mata nk pilih...tajuk kat atas je dterima

6. hanya seorang ank jek yg dbenarkan msuk contest ni...kalau yg ramai ank dia ade pic dgn transport, korang pilih lah yg tercomel skali nk ltk kt n3 tu...

7. contest ini bermula pada hari ini 15 Nov 09 dan akan berakhir tepat pada pukul 12 tghari 15 Dis 09. selepas dr tarikh tu x akan dilayan k...

8. terbuka kepada boy n girl k...

9. sesudah wat n3 contest ni silalah tgal jejak kat bawah bersama link korang kt blog umminabilah k?

...haaa...syarat2 nye cukup mudah...so ape lagi jomlah join...
pemenang akan dipilih seramai 3 org
...dan dipilih oleh juri professional...hehe...professional ke?
top ten akan dipilih oleh kawan baik umminabilah
top five akan ditapis oleh hubby umminabilah
and top 3 akan dipilih umminabilah sendiri....so ape lagi....join lah...



Read more...

Monday, December 14, 2009

Menghitung Hari Part 1: Ummi's n Baby A.H.A's Preparation List

Salamwrt...

memandangkan ummi dah masuk fasa akhir last trimester...today tepat 36 minggu..ummi baru jer buat persiapan ni lebih kurang 2 minggu sudah...hehehe..mentang2 la 2nd baby...lengah2 jer ek..;)...tapi bukan ummi luper tau...mana bleh luper..dah 9 bln si comel A.H.A dok dlm pewot nih...skrg hari2 dok menendang...takkan luper pnyerr...

Untuk Baby A.H.A

Pakaian
1. Baju:
saiz new born - 5 pasang (2 pasang baju baru..3 pasang lagi abg Hadi pnyer..ada sesaper nk sponsor lagik??)

2. Stokin/sarung tangan dan kaki: 5-7 pasang...abg Hadi punyer gak

3. Sapu tangan: 10 helai..lebih kurang ler...rasanyer lebih

4. Tuala mandi: 2 helai

5. Lampin kain: Abg Hadi tak pakai pun..so bleh guna smula...

6. Kain bedung: 3 helai [ mak ngah Aini bagi]

7. Selimut : Ummi tgh cari kt mana la ummi letak yg abg Hadi pnyer...dah di 'faraid'kan kot..

8. Topi : topi..makteh Irah bagi..topi comel abg Amir pnyer...

9.Barut bayi / binder: 5 ker 10 helai...kongsi2 ler ngan anak Ibu Aida nanti...hehe

Dandanan dan Ubatan

1. Minyak yuyi/minyak mestika - ingat nk pakai minyak mestika cam abg Hadi..kentut memanjang...
2. Minyak bayi - blum decide nk bli johnson baby oil, minyak zaitun pure atau minyak kelapa dara
3. Syampu/sabun - recycle hadiah abg Hadi pnyer jer..sbb ummi tak guna pek kecik2 kt umah..
4. Ketip kuku (nail clipper) dan setnya dengan gunting kecik - yang ni kna beli balik..dah hilang
5. Pembersih hidung - dah ada
6. Krim lampin - ni tgk la klu kulit baby A.H.A cam abg Hadi gak..kna wat stok laa
7. Lampin pakai buang saiz newborn - dah bli pek kecik...pastu ummi nk try dgn CD
8. Sikat lembut - tgk keperluan la..klu ikut gen baba yg kureng rambut..tak perlu la kot..;)
9. Kapas muka / cotton ball - dah ada dah

Feeding

1. Botol susu - tgh survey yg BPA Free...klu budget lebih..bleh try anti colic pnyer plak ke
2. Puting getah untuk newborn (tengok saiz) - masih survey
3. Pembersih botol susu - kongsi ngan abg Hadi
4. Steriliser - rasa cam tak perlu sgt laa..tp kot dapat giveaway ker..menang contest ker..ok gak;)

Peralatan

1. Besen mandi - mandi lam sinki jerlaa yer A.H.A..?
2. Stroller - tgk ler keperluan..klu jenis tak reti diam cam abg Hadi..tak beli la kot..
3. Katil bayi - tak perlu..ummi nk tdo ngan baby A.H.A..takkan umi nk dok lam katil baby kot..
4. Kelambu payung - nanti pinjam yg kak maiyra pnyer...yg abg Hadi ummi dah bg Ibu Aida..
5. Bakul atau beg untuk simpan barang2 baby - dah ada
6. Lapik plastik/getah untuk salin lampin bayi - erm..kna bli baru..yg abg Hadi pyer dah lunyai..putus dua..
7. Tilam bayi - ummi ada baca review ~jangan pilih yg terlalu empuk sampai muka baby boleh terbenam dalam tu ..bimbang kot baby tak bleh bernafas...isk seram ummi..pakai toto 'bacin' abg Hadi jerlaa...[ Ummi dah basuh laaa]
8. Bantal dan bantal peluk - sebulan pertama tak pakai bantal, paeditrician tak galakkan

Untuk Ummi

1. Breastpump - tgh survey...
2. Bekas puding yang kecik comel tu untuk isi susu badan
3. Barut - survey set2 bersalin yg ada barut skali
4. Batu sungai - baba kena gi cari kt Sg. Lembing smula la..sbb yg ada tuh..dah pecah dua..Hadi buat main boling padang
5. Stokin tebal - pinjam stokin bola baba...so baba..sila cuti dari main bola selama 2 bulan ok??
6. Nursing bra - survey n order ngan dealer AVON jer..murah skit

rasanye dah cukup...dan lebih dari cukup...;)

Read more...
Related Posts Widget for Blogs by LinkWithin

Dari Kak Ina Hashim, TQ

kakyong bagi

mintak ngan kakyong..hehe

From kakyong..tQ kak yong

Kak Ina Hashim gak bg nih...

Tq kak ina camar