Mutiara Jiwa

Monday, November 22, 2010

Jangan Korek Telinga!!!

Salamwrt. ada satu artikel menarik yang ummi terbaca dan ummi nak kongsikan dengan others...sbb mende ni ummi sokmo buat...even telinga abQariyain tu pun jadi mangsa ummi..ahahaha...pas baca artikel ni baru insaf...pasni ummi tak korek dah..cukup cuci kt luar jer..


Telinga terdiri dari 3 bahagian iaitu telinga luar, telinga tengah dan telinga dalam. Telinga luar pula terdiri dari 2 bahagian iaitu cuping telinga dan saluran telinga luar. Cuping telinga mudah dipegang dan dapat dilihat melalui cermin muka. Itulah salah satu anggota yang sunat kita sapu
sebahagiannya ketika mengambil wuduk dan wajib pula terkena air ketika mandi wajib. Apabila mandi wajib, hendaklah kita menggoyangkan anting-anting kita ke depan dan ke belakang supaya air juga terkena pada celah-celah tindik telinga. Berhati-hatilah jika kita mengikuti fesyen semasa yang banyak tindik di telinga. Saluran telinga luar bermula dari lubang telinga yang kita boleh rasa dengan tangan sehingga gegendang telinga yang berupa dinding di hujung bahagian dalam saluran telinga luar.

Panjang saluran telinga itu adalah kira-kira 3 ke 4 sentimeter dan garisan tengahnya kira kira 0.8 ke0.9 sentimeter. Pada 1/3 bahagian luar saluran telinga luar itu terdapat bulu-bulu roma, kelenjar sebum dan kelenjar tahi telinga. Tahi telinga bukanlah najis. Ia juga dikenali sebagai lilin telinga atau “ear wax”. Ia hanya terbentuk di 1/3 bahagian tepi luartelinga luar. Pada 2/3 bahagian dalam saluran telinga luar seharusnya bersih, tanpa sebarang kotoran atau tahi telinga.
Saluran telinga luar juga terdiri dari kulit sama seperti di permukaan tubuh yang lain. Kulit di saluran telinga luar tumbuh dan bergerak dari permukaan gegendang telinga ke arah luar saluran telinga. Apabila kita membuat pemeriksaan telinga dan meneropong ke dalam saluran telinga, kita akan mendapati permukaan kulit di dalam saluran telinga itu bergelombang halus seperti gelombang air laut di tepi pantai. Pergerakan permukaan kulit di saluran telinga luar itu membawa serta tahi telinga yang terhasil di tepi 1/3 saluran telinga luar ke arah cuping telinga sedikit setiap hari.


Ketika kita menyapu telinga kita dengan tuala mandi selepas mandi, kita sebenarnya telah membersihkan telinga kita. Jadi kita tidak perlu mengorek telinga dengan putik kapas atau apa saja benda yang biasa digunakan untuk mengorek telinga. Berbagai masalah telinga boleh timbul dengan sebab mengorek telinga. Telinga terlampau bersih sehingga tidak ada tahi telinga langsung. Telinga yang terlampau bersih ini akan menyebabkan kulit telinga menjadi kering dan telinga menjadi perit, sakit atau gatal. Makin kita garu dengan putik kapas atau makin kita korek telinga itu dengan berbagai benda pengorek telinga maka makin sakit dan gatal telinga itu jadinya. Ini akan menyebabkan jangkitan kuman di saluran telinga luar dan telinga boleh menjadi bengkak dan bertambah sakit.

Kadang –kadang kulat juga boleh menjangkiti telinga dan menyebabkan telinga menjadi sakit. Ada kalanya cecair yang dikenali sebagai air bisa boleh juga keluar dari sel-sel di telinga luar yang radang. Ia ada kalanya gatal dan berbau hanyir. Jika telinga dikorek terlalu dalam, ia boleh menyebabkan gegendang telinga menjadi pecah. Jadi ada pelbagai masalah yang timbul akibat mengorek telinga. Pendek kata, mencegah itu lebih baik dari mengubat. Jadi janganlah korek telinga anda walaupun dengan putik kapas. Telinga dapat membersihkan dirinya sendiri tanpa pertolongan kita.


Dr.Srinovianti Noerdin, Pakar Telinga, Hidung dan Tekak, Hospital Pakar Kuantan

source: Buletin Badan Nadwah Islamiah Pahang Edisi 02/2010

Maklumat tambahan pasal ni: info-kesihatan

2 comments:

Ismahani said...

thanks for the info..
tapi saya kurang senang bila ada org tegur telinga anak saya terkeluar bijih...huhuhuhu.. dah dicucikan keliling tp takkan nk korekkan. doktor mmg dah pesan jgn korek telinga..

AbQar|'s said...

Pn. Isma...memang pun..kite sendiri pun tak sker tgk..nnt org kate kite pengotor lak kan?? sy penah dok lam situasi tu..tp yg sy buat...basahkan sedikit hujung tuala dan cucikandi bahagian luar dan masukkan sedikit ke dalam lubang..supaya tak nampak dari luar..