Mutiara Jiwa

Tuesday, November 30, 2010

Stop Child Abuse !!! (Hentikan Penderaan kanak-kanak)

Salamwrt.cerita tentang penderaan kanak-kanak ni...masih ingatkah pada adik Nurin Jazlin Jazimin yang di dera secara seksual dan kemudiannya di bunuh kejam??

ingat tak lagi pada adik Syafiya Humaira yang di sepak bertalu-talu oleh teman lelaki ibunya sendiri? (kisah syafiya humaira ni sgt dekat dengan hati ku kerana namanya menyerupai anak saudara ku yang amat ku sayang)

(maaf saya tidak tahan hati untuk meletakkan gambar-gambar mereka...sangat sadis!!!)

Mereka adalah sebahagian dari kisah penderaan yang sampai ke telinga kita. Mengikut fakta yang di keluarkan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat pada tahun 2008, 2780 kes penderaan di laporkan. Jika di perinci, lebih kurang 7 orang kanak-kanak di dera setiap hari!!!



FAKTA!!!Kes penderaan paling banyak berlaku adalah di Selangor dan Kuala Lumpur. Adakah faktor gaya hidup masyarakat yang sentiasa sibuk dan mengejar material menjadi punca?

Di saat kita sibuk bekerja, bersembang, bergelak ketawa mungkin ada kanak-kanak yang sedang di dera sama ada dari segi mental dan fizikal.

Penderaan Fizikal:
Penderaan dari segi fizikal ialah penderaan yang meninggalkan kesan-kesan di
tubuh,seperti luka,parut atau lebam sebagai akibat dipukul atau dikenakan benda- benda panas.

Penderaan Mental:
Penderaan dari segi mental berlaku sebagai akibat dibiarkan
atau diabaikan oleh penjaganya.Mangsanya akan mengalami tekanan jiwa,gangguan emosi dan mental atau proses pembesarannya. Selain itu,terdapat juga kes-kes penganiayaan seks, seperti pencabulan kehormatan dan kes rogol.

penderaan mental tidak sukar untuk di kesan, perubahan tingkahlaku kanak-kanak mungkin memberi tahu kita bahawa mereka sedang di dera


Lihat pula gambar di atas nih. Statistik menunjukkan kanak-kanak yang Di Abaikan (di biar tanpa jagaan), Fizikal (di pukul) dan Seksual (Rogol, cabul dll) yang paling banyak berlaku kepada mangsa dera ini! Ya ALLAH Ya Tuhanku, kau lindungilah kanak-kanak seluruh dunia ini dari kekejaman ini Ya ALLAH!


Fakta menunjukkan bahawa, kanak-kanak yang di dera biasanya mengenali orang yang mendera mereka...

Antara tanda-tanda penderaan mental dan penderaan seksual yang boleh di kesan:
  • Mengigau, sukar untuk tidur, takut kepada keadaan gelap.
  • Perubahan tingkah laku secara tiba-tiba - takut, marah atau menyisihkan diri.
  • Takut pada orang atau tempat-tempat tertentu.
  • Kencing malam atau menghisap jari bagi kanak-kanak yang besar.
  • Masalah perhubungan.
  • Berasa tidak berupaya/tidak berdaya.
  • Berahsia.
  • Sering bercakap tentang teman baru yang lebih dewasa.
  • Mencederakan diri atau kecenderungan membunuh diri.
  • Menagih dadah atau alkohol.
  • Memakai pakaian berlapis-lapis.
  • Maruah diri yang rendah.
  • Berperangai seksual.
  • Gagal memberi tumpuan.
  • Gangguan pemakanan.
Jika terdapat tanda-tanda fizikal atau tanda-tanda diatas, dan anda tahu ia adalah satu penderaan hubungi talian di bawah...
harap maklum bahawa nombor 1-800-88-3040 (teledera) yang kita guna untuk repot sebelum ni...sudah tidak lagi di gunakan.


(klik untuk besarkan imej)


Then, let's spread the words

unicef


STOP CHILD ABUSE, USE YOUR HAND FOR CARING
NOT FOR HITTING THEM!!!!


anak-anak adalah aset masa depan...ingat tu!!!


1 comment:

read quran said...

salam, benar-benar sedih, kita semua harus mengangkat suara kita melawan kejahatan ini, jazakALLAH khyrr