Mutiara Jiwa

Tuesday, November 17, 2009

Pengambilan Pelajar Baru Rumah Anak Yatim NADWAH - Permata Camar 2010

Salamwrt

Memandangkan Rumah Anak Yatim Permata CAMAR ni ada kaitan dengan ummi sebab ummi kerja kt sini...so ummi pun nk tolong war-warkan la pengambilan pelajar baru untuk tahun depan (2010) nanti...

Syarat Pengambilan:

1. Anak Yatim/Yatim Piatu
[ Maksudnya anak yang keMATIan ibu atau bapa atau kedua-duanya]
Kalau yang mak ayah dorg gaduh2 tarik-tarik rambut pastu bercerai..tak di kira yatim ler tu...harap paham yer..

2. Miskin (Pendapatan Keluarga Kurang dari RM 1000)
Kalo yang tahap 'fakir' tuh...kais pagi takde kais petang pun takde..insya Allah di pertimbangkan...

3. Lelaki
Pihak NADWAH belum bersedia utk mengambil anak yatim perempuan kerana kekurangan logistik

4. Berumur Antara 9-12 tahun
Baby-baby ni tak di ambil kerana kurang tenaga kerja..kang pening plak warden2 kita..tak gitu en.DmiiX?

5. Warganegara MALAYSIA / Islam
Warganegara Indon ke...Bangla ke...mintak maaf la yer..anda tak layak...

6. Sihat Tubuh Badan
Bukan penghidap HIV n apa-apa penyakit yang merbahaya...bukan apa...kami tiada dana untuk maintain ubat n suntikan klu ada yang jenis berpenyakit...

7. Bukan O.K.U
Penempatan CAMAR tak sesuai untuk golongan O.K.U...sbb umah pun kayu..kna naik tangga bagai...susahkan golongan ni jer...

8. Keutamaan Kepada Anak PAHANG...atau yang menetap di PAHANG
Yang ni..klu owk rhodong koi/kah/kawan...mesti la diutamakan dulu....

9. Sanggup tinggal di Penempatan Anak Yatim NADWAH -Permata CAMAR untuk jangkamasa tertentu
Klu baru dok sehari...asik meraung hua hua hua...nak balik umah...tak payoh masuk sini ler weihh...nyusohkan org tua jer...

Sesapa yang ada maklumat pelajar yang memenuhi kriteria diatas..sila hubungi
019-9175497
Tn. Hj. Badrul Huzaini bin Md. Yusof

***Pengambilan terhad kepada 15 Orang sahaja***

Tarikh Tutup: 25 Disember 2009
* Untuk memudahkan urusan pertukaran sekolah (jika perlu)*


Nengok kami nih yang dok cni lamer dah..ceria jer...semer baik-baik..takde gaduh2
"PEACE" gitu... ::wink::wink:: ;)

****************************************************************************************



No comments: