Mutiara Jiwa

Friday, July 9, 2010

Aku Seorang Perempuan, Isteri dan...

Aku adalah orang yang dimuliakan dengan pangkat IBU

Dia
menjadikan hatiku tempat orang lain menagih cinta dan rindu

Aku
adalah orang yang Rasulullah s.a.w. berpesan kepada umatnya agar
berlemah lembut denganku
Aku juga digambarkannya dengan gambaran yang
indah dan syahdu
Tidak kira sama ada aku
seorang gadis
seorang isteri
seorang janda
atau seorang balu…
aku tetap seorangperempuan!
Perkahwinan tidak menambahkan kemuliaanku
Perceraian
tidak mengurangkan keperempuananku
Menjadi andartu tidak menyebabkan
aku menjadi malu!

Aku adalah seorang perempuan
Di dalam diriku
lautan kemesraan dan mimpi sebesar gergasi
Ada cinta dan
kelembutannya
Ada kasih dan romantisnya
Di wajahku nan ayuAda
segunung sabar dan benteng keluli.
Aku seorang perempuan
Aku bisa
menangis andai kulitku yang lembut ditusuk duri yang kecil
Namun aku
bisa berdiri teguh menghadapi ribut taufan yang melanda hatiku yang
lemah.
Aku seorang perempuan
Gembiranya aku memperoleh cinta
seperti gembiranya si kecil mendapat mainan baru yang comel
Di kala
serius aku laksana 100 orang lelaki
Di kala bermain aku lembut dan
manja
Aku seorang perempuan
Aku bukan tawanan atau tebusan di
tangan lelaki yang ingin menghancurkan
Sekiranya dia menghendaki aku
sebagai kawan
Aku menjadi penunjuk jalan
Aku menjadi penenang dan
tempat dia berlabuh pulang
Aku selimuti dia dengan cinta yang
melimpah laksana sungai.
Aku seorang perempuan
Adakah engkau tau
siapa aku
wahai lelaki terhormat,
wahai suami tersayang?

nyanyi lagu CT skit,
aku wanita aku kaum hawa yang lemah lembut hatinyaa....ewahhh

No comments: