Mutiara Jiwa

Wednesday, November 24, 2010

Kongsi Info: Kursus Penjagaan Warga Tua & Khidmat Bantu Di Rumah

Salamwrt.

Baru-baru ni ummi ada join Kursus Penjagaan Warga Tua di Plaza Hotel. anjuran MPKSM (Majlis Pusat Kebajikan Se Malaysia)..tp content kursus tersebut lebih kurang sama dengan apa yang ummi penah blaja masa kursus kt MAKPEM dulu...so ummi rasa byk input yang kita sebagai orang muda patut tahu lebih2 lagi kalau kita ada jaga ibu, ayah, atuk, nenek atau siapa sahaja yang tua...kita banyak dengar kan....anak-anak bila dah tak larat nak jaga org tua..maklumlah..org tua kan banyak karenah sbb mereka semakin sensitif...so ramai lah orang tua yang dia hantar ke rumah org tua..terbiarlah mereka di situ tanpa ada anak-anak yang menjenguk...kesian sgt klu itu terjadi pada ibu dan ayah kita...so di sini ada sedikit info yang boleh ummi kongsikan hasil dari kursus berkenaan...harap ia dapat kita aplikasikan bila kita berhadapan dengan warga tua...

Matlamat Kursus

Untuk memberi pengetahuan, kemahiran dan kefahaman kepada para peserta dalam pelbagai aspek proses penuaan dari segi keperluan psikologi, biologi dan sosial; seterusnya mewujudkan sikap positif dalam penjagaan dan pengurusan warga tua.

Objektif Kursus

Pada akhir kursus peserta akan :-

a) Mewujudkan kesedaran di kalangan mereka mengenai status dan keperluan warga tua;

b) Memperkuatkan lagi ikatan dan fungsi keluarga ke arah keluarga bahagia;

c) Mewujudkan kesedaran dan sikap positif terhadap warga tua;

d) Memahami keperluan warga tua secara menyeluruh dan mengenalpasti sumber-sumber bagi memenuhi keperluan tersebut;

e) Bertindak secara bersendirian bagi memenuhi keperluan warga tua; dan

f) Mewujudkan kemahiran dalam pemerhatian tingkahlaku warga tua secara bersendirian dan hubungannya dengan orang lain

Peserta

Peserta kursus adalah terdiri daripada Pegawai, kakitangan serta Sukarelawan Pertubuhan Kebajikan Sukarela, Ahli Briged Kebajikan, Ahli Lembaga Pelawat Rumah Seri Kenangan dan Kakitangan Institusi Kebajikan yang berkhidmat di dalam Institut Jagaan dan Perlindungan.


Faedah dari Modul Kursus

a) Proses Penuaan

Memahami proses penuaan adalah proses semulajadi dimana berlakunya perubahan fizikal sosial dan psikologi yang tidak dapat dielakkan oleh semua orang. Juga dapat membezakan apakah penyakit-penyakit yang diakibatkan oleh proses penuaan.

b) Keperluan Warga Tua

Memahami keperluan wargatua meliputi aspek emosi; iaitu kasih sayang dan perhatian, di layan sebagai seorang individu seperti ibu dan ayah kita. Kesihatan yang baik dan terkawal, di beri peranan dan perkongsian dalam komuniti seperti kenduri kendara, menerima idea dan pandangan mereka sebagai warga yang mempunyai banyak pengalaman dalam menjalani kehidupan.

c) Makan dan Pemakanan Warga Tua

Memahami kesan fisiologi terhadap pemakanan warga tua. Contohnya jika seseorang wargatua tidak dapat menghabiskan hidangannya yang kurang dari separuh pinggan, kita harus peka dengan keadaan ini dan seharusnya bertanya adakah makanan itu tidak sedap atau mungkin makanan itu tidak dapat dikunyah dengan baik kerana warga tua tersebut tiada gigi. Ini juga boleh menyumbang kepada gejala kurang selera makan dikalangan warga tua.

d) Kesihatan, Keselamatan & Kebajikan Warga Tua

Warga tua mengalami kesukaran untuk makan, menguruskan diri, bergerak dari satu tempat ke tempat yang lain, menggunakan tandas, berpakaian, aktiviti membuang najis juga menjadi masalah besar bagi mereka. Sesebuah institusi yang melibatkan wargatua haruslah menyediakan suatu tempat yang mesra warga tua. Pihak institusi perlu menyediakan persekitaran yang selamat seperti ‘railing’ untuk mereka berpaut semasa berjalan di tempat berekreasi. Menyediakan tikar ‘non-slip’ di tempat-tempat yang licin dan berisiko untuk jatuh seperti dalam bilik air dan sebagainya.

e) Masalah Psiko-sosial

Memahami faktor psikososial wargatua dari segi jaminan kewangan, situasi kehidupan, kesunyian, dan kesan-kesan akibat dari kehilangan dari pekerjaan, rakan sekerja, sahabat dan sebagainya.

f) Penglibatan Masyarakat

Mengharapkan penglibatan masyarakat khususnya anak muda dalam menjaga kebajikan wargatua agar mereka tidak merasa bosan dan tersisih dari masyarakat.

j) Jabatan Kebajikan Masyarakat : Perkhidmatan Untuk Warga Tua

Di beri pendedahan tentang Dasar Warga Tua negara dan Pelan Tindakan Dasar Warga Tua Negara. Antara khidmat yang berkaitan dengan warga tua yang di sediakan oleh pihak JKM ialah Rumah Seri Kenangan, Rumah Ehsan dan Desa Bina Diri. Terdapat juga perkhidmatan luar atau program komuniti yang melibatkan warga emas. Antaranya Pusat Jagaan Harian Warga Emas, Rumah Sejahtera dan Program Pengangkutan Unit Penyayang warga Emas. Rumah Sejahtera dan Program Pengangkutan Unit Penyayang Warga Emas dijalankan secara kerjasama dengan Majlis Pusat Kebajikan Semenanjung Malaysia (MPKSM). Program Pengangkutan unit penyayang baru dilaksanakan pada tahun 2008 dan belum dilaksanakan secara menyeluruh.

k) Jagaan Warga Tua : Amalan dan Nilai

Memberi pendedahan dan kesedaran tentang amalan dan nilai yang perlu ada dalam diri seorang pekerja yang berinteraksi secara langsung dengan warga tua.

l) Kaunseling Untuk Warga Tua

Warga tua biasanya mengalami pelbagai gangguan perasaan akibat dari faktor kehidupannya, seorang pekerja harus perihatin dengan perubahan emosi dan tingkahlaku warga tua dan perlu memberi peluang untuk mereka meluahkan perasaan dan perlu tahu bagaimana untuk respon kepada masalah tersebut.

m) Pekerjaan dan Aktiviti Sambilan

Di dalam kursus ini warga tua di bahagikan kepada 3 kategori. Kategori pertama ialah mereka yang berumur 55 – 65 Tahun, yang kedua mereka yang berumur 66- 75 tahun dan yang terakhir, mereka yang berumur 76 tahun keatas. Untuk mereka yang berumur 55 – 65 tahun, di kategorikan warga tua yang masih aktif dan masih boleh memberi sumbangan dalam masyarakat samada dari segi idea dan tenaga. Mereka boleh menjalankan aktiviti yang ringan dan tidak memerlukan banyak tenaga seperti berkebun, membantu dalam gotong royong membersihkan kawasan dan kenduri kendara. Untuk mengelakkan warga tua daripada kebosanan, perlu di beri peluang untuk melakukan pekerjaan yang boleh menjana pendapatan. Warga tua biasanya tidak memandang jumlah upah yang di terima, tetapi apa yang lebih penting bagi mereka peluh dapat keluar hasil dari aktiviti harian mereka dan mereka puas mendapat hasil pendapatan dari titik peluh sendiri.


Tempat: Majlis Kebajikan & Pembaangunan Masyarakat, Bandar Baru Sentul, Kuala Lumpur

Tarikh: 26 September – 1 Oktober 2010

22 comments:

Anonymous said...

Salam saya memerlukan bantuan ummi.. saya kalau boleh nak lihat modul kursus penjagaan orang tua.. boleh emailkan kat saya di nurfahajar_esa@ymail.com.. tq

Sya said...

Assalamualaikum ummi...
Sy berminat sgt tapi tak tahu bagaimana boleh umi guide sy bagaimana nk attend kursus ni dlm masa terdekat.... tq umi
chacha3688@gmail.com

Sya said...

Assalamualaikum ummi...
Sy berminat sgt tapi tak tahu bagaimana boleh umi guide sy bagaimana nk attend kursus ni dlm masa terdekat.... tq umi
chacha3688@gmail.com

syafi said...

Assalamualaikum.
kakak saye berminat dan tengah mencari idea dan guide untuk buka ousat jagaan org tua.mintak tolong umi guide.ni emailnye afzan@ukm.edu.my

syafi said...

Assalamualaikum.
kakak saye berminat dan tengah mencari idea dan guide untuk buka ousat jagaan org tua.mintak tolong umi guide.ni emailnye afzan@ukm.edu.my

Anonymous said...

salam..sy berminat nak buka pusat jagaan org tua tapi x tau cara & syarat..harap ummi dpt bg bantuan & tunjuk ajar sbg rujukan sy..ini email sy niesa1003@gmail.com

Unknown said...

Assalamualaikum saya berminat hendak membuka pusat jagaan tapi tak tau bgaimana nak mula. Berharap sgt umi dpt share n bg bantu. Ini email sy nurullnaqibah@gmail.com. tq ^_^

hannee kahar said...

Salam, saya berminat untuk mendapatkan modul penjagaan warga Emas Atau prosedur untuk membuka pusat jagaan warga Emas Sekiranya pihak tuan Ada rancangan perniagaan Dan ilmu Yg berkaitan Boleh emelkan Kepada Saya. nurhannee28@gmail.com tel:01128016621

Unknown said...

assalamualaikum..saya berminat nak tahu cara utk membuka pusat jagaan .. hrp dpt dikongsikan ke emel saya.. jamzila80@gmail.com

Unknown said...

assalammualaikum..sayajuliana..amat berminat utk membuka pusat jagaan harian.mohon untuk emailkan syarat dan cara memulakan.email saya jujujaafar@gmail.com.tq

Unknown said...

assalamualaikum..saya berminat nak tahu cara utk membuka pusat jagaan .. hrp dpt dikongsikan ke emel saya..munamustapha@gmail.com

Anonymous said...

Hello, ummi boleh tk guide saya mcm mana nk buka pusat penjagaan utk org warga emas? Amandathampuiyee8@gmail.com

Many thanks !

Unknown said...

Assalamualaikum Ummi. Dah lama berminat utk buka pusat jagaan warga emas khas utk perempuan sahaja. Blh guide saya? Sgt memerlukan pertolongan utk bermula.
Email norazean.aris@gmail.com

Unknown said...

Assalammualaikum. Ummi,blh tunjuk ajar. Sy sgt berminat. eera.bashah81@gmail.com

Unknown said...

salam Ummi .saya berminat untuk tahu bagaimana cara membuka pusat jagaan orang tua .tapi tak ada pengetahuan .mohon minta perkongsiaan dari ummi

Unknown said...

Assalam.. Sy ingin tahu bagaimana untuk membuka pusat jagaan orang tua..

Unknown said...

Salam ummi.sy sgt berminat nk bka pusat jagaan orgtua.tlg bri info apa yg perlu sy buat.

Unknown said...

Assalamualaikum Ummi, kami sedang dalam proses pembelian premis utk ORTU. InsyAllah. Mohon sharekan kepada kakitangan yang mahu bekerja dan kursus yg dijalankan utk tujuan tersebut. Wassalam. email : tun.dominion.group@gmail.com

Unknown said...

salam..sy berminat nak buka pusat jagaan org tua tapi x tau cara & syarat..harap ummi dpt bg bantuan & tunjuk ajar sbg rujukan
suzelahselamat@yahoo.com

Farah said...

Salam umi,sy pun herminat utk mengendalikan pusat jagaaan org tua... Boleh mintak pndangan umi, untuk guide sy

Farah said...

Ni email sy nurulfarhani2020@gmail.com

Anonymous said...

Sye nk sertus kusus mcm mne