Mutiara Jiwa

Tuesday, May 12, 2009

Pelaburan Akhirat ....



klu korang rasa korang tak mampu nk bagi duit kat bebudak nih...apa salahnya korang panjang2 kan makluman/entry ini kepada kwn2 yang lain....semoga usaha ini menjadi pelaburan kita di akhirat kelak kerana telah meringankan beban anak yatim yang menjadi sebahagian dari saudara seIslam kita...
-------------------------------------------------------------------------------------------------

ASSALAMUALAIKUM WMT. WBT.
Semoga sahabat-sahabat sekalian sentiasa di dalam lindungan dan rahmat Allah s.w.t

Penempatan Anak-Anak Yatim NADWAH - PERMATA CAMAR yang diasas dan dikelolakan oleh Badan Nadwah Islamiah Pahang (NADWAH) berlokasi di Lot 9015A, Lorong Cempaka 1, Kampung Cempaka, Mukim Penor, 25150 Kuantan merupakan sebuah penempatan anak-anak yatim dan miskin dengan bilangan penghuni ketika ini seramai 29 orang (kesemuanya lelaki)

Sebahagian penghuni rumah anak yatim

Tanah yang diduduki ketika ini seluas 2.05 ekar telah diwakaf oleh seorang individu, dan pada penghujung 2008, PERMATA CAMAR mendapat tawaran untuk memiliki (membeli) tanah bersebelahan, Lot 2196 berkeluasan 2.31 ekar.

Rumah sedia ada di atas sebidang tanah wakaf yg telah di 'renovate' menjadi asrama pelajar


NADWAH merancang untuk membangunkan sebuah kompleks serba lengkap yang mampu memuatkan penghuni sehingga mencapai 100 orang (60 lelaki, 40 perempuan). Justeru itu, langkah untuk membeli tanah bersebelahan difikirkan amat wajar bagi tujuan memberikan ruang yang lebih selesa kepada anak-anak tersebut.


NADWAH mengambil langkah untuk menjual Secara WAKAF Lot Tanah berkenaan pada harga RM20 sekaki persegi. Individu yang berminat bolehlah membeli lot wakaf tersebut dan menyerahkan kembali kepada NADWAH untuk urusan pentadbiran dan pengendaliannya. Lot Tanah yang akan dijual-wakaf hanya terhad kepada keluasan 2.31 ekar sahaja atau keseluruhannya 100,643 lot sahaja.

Borang wakaf boleh di muat turun di sini
Borang wakaf camar

Profail lebih lanjut mengenai Rumah Anak Yatim NADWAH, sila klik
ProfailCamar

Sekiranya anda berada di luar Kuantan dan berminat untuk membeli lot wakaf ini sila ikut step berikut;-

A. BANK-IN KE AKAUN DI BIMB

i. Bank-in secara tunai mengikut jumlah lot yang ingin diwakafkan ke akaun atas nama PERMATA CAMAR di BIMB No. 06019010069849
(Contoh : 5 lot maka bank-in sebanyak RM100.00)

ii. Faks slip tersebut berserta Borang Wakaf yang telah diisi maklumat anda ke 09-5178704 - untuk kami kirimkan Sijil Wakaf berkenaan @

iii. Poskan slip tersebut berserta Borang Wakaf tersebut ke alamat NADWAH.


B. KIRIMAN CEK @ WANG POS

i. Cek @ Wang Pos tersebut mestilah atas nama PERMATA CAMAR

ii. Poskan cek @ wang pos berkenaan berserta Borang Wakaf ke alamat NADWAH


Pihak NADWAH akan mengirim segera Sijil Wakaf (yang hijau diatas) kepada tuan/puan setelah dokumen berkaitan diperoleh.

NADWAH mengalu-alukan kerjasama sahabat-sahabat sekalian untuk mewar-warkan wakaf ini kepada sahabat handai, saudara mara serta rakan taulan. mudah-mudahan mereka akan berlumba-lumba untuk merebut peluang ini. Gunalah apa sahaja medium yg mudah bagi anda menyampaikan perkara ini sebagai satu tangungjawab sosial anda kepada saudara seIslam kita. Hanya Allah yang dapat membalasnya.

“Dan tolong menolonglah kamu dalam (mengerjakan) kebaikan dan takwa dan janganlah kamu tolong menolong dalam berbuat dosa dan maksiat” - (Al-Ma’idah: 2).

"Apabila mati seseorang anak Adam, terputuslah amalannya kecuali tiga perkara, sedekah jariah, ilmu yang diambil orang manfaatnya dan anak yang soleh yang mendoakannya."

"Bantu Kami Untuk Membantu Mereka kerana Sesungguhnya Sumbangan Anda Adalah Cahaya Hidup Mereka"


Mohd Nazri Ibrahim
Setiausaha Kerja I NADWAH
019-9855887


Boleh juga hubungi aku:
012-9638695 (Puan Syida)
09-5178703 (Pejabat)
-------------------------------------------------------------------------------------------------
akcelli ni lah antara projek yg di buat oleh majikan NR...NR tak jaga bahagian anak yatim, tetapi terlibat juga secara tidak langsung...yerla dah NR dok sekretariat..kena la buat jugak...


Monday, May 11, 2009

Cerita Hari Ibu II ~Gerak Hati Bonda~



Salamwrt...sejak sebulan lalu, peyet [period] ku tak seperti biasa..datang terlalu lewat..biasa 28hb..nih 5hb bulan berikutnyer plak...seminggu aku agak2 cemas ler..[ye ker] haih..pegnen ker? 10hb April baru aku wat pregnancy test...resultnye...negative...[alhamdulillah]...oppss..bukan maknanya aku tak suka klu pegnen lg....Segala puji bg Allah kerana Dia tahu keadaan aku dan Dia merancang segalanya...klu Dia tak bagi lg pun...kami syukur..bertambah2 kesyukuran kami..klu Dia bg...



Akcelli...sebulan lalu juga...mak loya2 tekak...asik muntah2...risau kami melihatnya...kadang2 sampai tak larat bangun...bukan sekali dua..byk kali...kata mak...ada la yg nk mengandung lagi nih...[kata2 itu seolah2 ditujukan kepadaku] tp aku tak amik kisah sgt...sbb baru jer lepas test..dan aku dah tau...i'm not preggy...dan baru ni kaklong ku balik...terjadilah sebuah kisah penuh syahdu di pagi Jumaat 2/5/09 iaitu hari kenduri naik rumah kakngah



Masa tu aku..mak dan kak long di dapur..buat pape yg patut...



Kaklong: Ko rasa...patut bg tau mak ke?

Aku: Klu ikutkan..aku rasa mak patut tau...tp terpulang la pd kak...klu tak nk bg tau..

Kaklong: [Tersipu2]

Mak: Hah...rahsia lah dgn mak...tak payah cerita...

Kaklong: Camne nk ckp ek?

Aku: Nk suruh aku ckp ke?

Mak: Sorok lah dgn mak...[nada merajuk]

Kaklong: errr.......

Aku: Baik ckp kak....nnt org suruh awk buat kijer berat2 kang...awk nk buat ke?

Kaklong: [Tersengeh2]

Aku: Mak...ni...kak nih dah ada dah...dah 6minggu [laju jer mulut aku]

Mak: ALHAMDULLILLAH...ha..kan...ALLAH tak kejam..klu kita selalu meminta pada Dia...

[Dari suaranya..aku tau mak menangis waktu nih...]



Alhamdulillah...betul ckp mak..Allah tidak kejam..setelah 14 thn berusaha untuk mendapatkan zuriat sendiri, melakukan beberapa kali ujian IVF, mengorbankan wang dan masa ke hospital2 mahupun klinik demi bergelar ibu...akhirnya kurnia Allah melalui proses biasa..



Mak tetap mak...bebelannya dua tiga hari sudah masih lg terngiang-ngiang ketika ber'road trip' sebab secara sengaja aku minum air 100plus dan minum air batu...tapi kenapa?

Rupa2nya.......







..........................










...............................










................................


Mak dapat rasa yg aku nih sdg preggy...sedangkan aku tak merasakan apa2 pun....jejejeje....
Double stripes for the second day test......dua kali test tau!! dan hari ini ku umumkannya..heheh...Alhamdulillah...due lebih kurang kaklong jugak...cumanya thn 2010...due date nye 100110..10 Januari 2010...
Double happiness buat bonda sempena hari ibu...Gerak hati dan nalurimu sentiasa benar....

Cerita Hari Ibu ~ Cuti - cuti Mesia, Sopping -sopping~

Salamwrt.weekend lalu..aku, mak, Mr. Hubby, si kecik Hadi, dan Aiman [my BIL] ber 'road trip' ke Perak dan seterusnya ke Kelantan. Jumaat tuh aku kijer sekerat hari jer..terkilan tak dapat nk join program ziarah yg aku sendiri arrange utk ke HTAA...takperla..telah ku sediakan apa yg sepatutnyer..alhamdulillah dapat sponsor 500 biji cupcake dari Pertubuhan WI Kuantan...tQ memudahkan kerja ku..

kami bertolak dari rumah jam 3.30 ptg jumaat, panas tul waktu nih..tapi gara2 Mr. Hubby nk lalu ikut Genting..takut hujan lak klu petang2..nnt jalan ctu licin..bimbang lak kan..Mr. Hubby lak dahla mmg ada bakat drifter kot la mengaplikasikan kemahiran tuh..aku gak yg kecut perut kan..hehe...i wish dapat la aku berhenti seketika..naik cable car kt Genting tuh..but..hampa..huhu..[nada majuk la konon]...

sepanjang jalan si hadi nih sporting jer..cakap bla..bla...bla [hanya dia ajer yg paham]..pastu tepuk2 tangan mungkin sedang bergembira sbb dah lame tak jalan jauh naik keter kot..[agaknyerla]...bagus betul anak ummi nih...toknyer adi plak..setiap kali berenti..mesti suh aku beli kopok ker biskut ker jeruk ker...hehehe...klu tak mengudap nnt mengantuk...kata mak ku tersayang..sengaja ku ajak mak bercuti2 mesia[ekceli..road trip jer]..biar dia lupa seketika pada kerja2 kampungnyer...pada masalah yg membeban benaknyer sejak bertahun lalu...kesian mak...

sepanjang perjalanan mak tak tido..sesekali dia lali juga...tapi Mr. Hubby slalu mengusik...dia pun tak jadi nk tido..hehe..maklum la bukan selalu ke negeri di Utara nih..klu tak ada sedara mara dekat yg kawin dgn org sana..tak mungkin sampai la ke sana..anak2 nye pun bukan la yg mampu sgt nk travel ke sana sini...aku pernah dengar mak ckp..dah tua2 nih hajat dia nk berjalan2..so aku amik peluang sambil2 nk amik adik yg dah abih blajo kt UITM Seri Iskandar utk gembirakan sedikit hatinya yang kadang2 terluka dgn ragam anak2 dan menantu...[dalam tak sedar aku juga pernah menyakiti hatimu mak...maafkan anakmu]

dah sampai ke Seri Iskandar, angkut barang..tu dia..penuh bonet..pastu tumpang membersihkan diri di surau UITM...pastu gi makan kt Medan Selera berdekatan..kata Zura [my SIL] restoran yg belah2 ke utara sedikit...suka menyantau org...[ku tak pasti sgt citer nih]..seram sejuk aku...aku dan mak berkongsi satu menu baru pada aku yg agak jakun ketika dengar nama menu tersebut..iaitu NASI GORENG BANTAL PELUK...rupa dia ada iras2 NASI GORENG PATTAYA..cuma dia berkuah..aku mmg nk amik gambo..tapi sbb lapo..tunggu dulu la..sampai sudah aku tak amik gambarnyer..aku oder air batu..mak marah aku...nape?

tepat jam 12.00mlm..Mr. Hubby dengan tak saba2 drive ke Kelantan terus mlm tuh...lenguh2 badan dan kaki ku memangku Hadi..kami tidur sebentar di puncak bukit Titiwangsa kata Mr. Hubby...sekali lagi aku tak amik gambar sbb gelap dan terlalu la ramai manusia yg berehat di situ..kami tidur lam kereta jer..best jugak..sesekali kabus lalu..sejukk jer...kami tiba di teratak warisan MIL [Mum in Law] di Kg. Kandis, Bachok Kelantan jam 8.30 pagi..pas sarapan..semua tido termasuk aku dan mak...yg tak tidonyer..abd hadi abqari yg teramat lasak tuh..hadoi..

petang tu plak kami ke Pengkalan Kubor..mak borong sakan..barang2 cam periuk..baju2..utk cenderahati pd sedara mara dan adik2 nyer juga anak2..gitu ler mak..klu gi mana2..mesti nk wak balik buahtangan..cuma satu jer yg mak cari tak jumpa kt ctu...mak cari KEBOK LAKSA [tak tau la betul ke tak istilahnye...tp aku tau rupanya camne].. sejenis alat yg digunakan untuk membuat laksa secara tradisional...dah puas shopping..kami balik..mmg ler penuh bonet..sampai kena riba barang...hehehehe...dahtu plak kna cukai..nasib baik seploh hinggit jer..Mr. Hubby ckp..klu cukai RM50 dan ke atas..confirm dia bertekak dulu sebelum bayar..mmg..aku setuju!!

alhamdulillah..semalam kami dah bertolak balik dengan selamat...mlm tadi balik beli barang dapo kt GIANT...bersiap nk tdo..aku dan Mr.Hubby membaca Yasin sebagai hadiah buat Bonda Che Mah bt Yaakob yang kembali ke rahmatullah 30 Ogos 2007 lalu..al Fatihah

Tuesday, May 5, 2009

Memori Semusim Lalu...

Untukmu Teman

Di sini kita pernah bertemu
Mencari warna seindah pelangi
Ketika kau menghulurkan tanganmu
Membawaku ke daerah yang baru

Kini dengarkanlah
Dendangan lagu tanda ikatanku
Kepadamu teman
Agar ikatan ukhuwah kan
Bersimpul padu

Kenangan bersamamu
Takkan ku lupa
Walau badai datang melanda
Walau bercerai jasad dan nyawa

Mengapa kita ditemukan
Dan akhirnya kita dipisahkan
Munkinkah menguji kesetiaan
Kejujuran dan kemanisan iman
Tuhan berikan daku kekuatan

Mungkinkah kita terlupa
Tuhan ada janjinya
Bertemu berpisah kita
Ada rahmat dan kasihnya
Andai ini ujian
Terangilah kamar kesabaran
Pergilah derita hadirlah cahaya

Salamwrt. bila dengar sahaja lagu nih..aku rindukan sahabat2 ku..malangnya sukarnya utk bertemu kembali..yelah masing2 seperti ku juga..sudah berkeluarga dan tinggal bertaburan di seluruh ceruk Malaysia nih....yg belum berkeluarga pun..ramai juga..tp kebanyakannya sudah menjadi pendidik...dan pegawai2...ada juga yg jadi profesional housewife huhu..andai mampu ku buat gathering mengumpulkan sekelian sahabat2 ku..sudah ku khabarkan ke seluruh alam..

Tambah2 aku ingatkan mereka masa minggu lepas, semasa Seminar Pengurusan Laktasi..seperti biasa rehat untuk lunch dan solat..aku jarang sgt nk kuar lunch klu sensorg nih...then..ku amik keputusan menunggu azan zohor di surau Pusat Rawatan Harian ACC HTAA ku lihat majoriti pelajar2 Medic UIA sedang berehat2 di surau tersebut..ada yg berbaring..ada yg berborak [situasi nih biasa di mana2 surau transit yg aku penah masuk] eh zohor masuk dah nih...kataku dlm ati...utk confirmation..ku ringankan mulut bertanya pada salah seorang pelajar yg duk tersenyum bersimpuh sopan kt tepi ku...maklum ler..aku bukannye yg selalu solat diawal waktu sejak ku bekerja nih..dulu zaman belajar..mmg ler ku jaga solat awal waktu..ku akui..teruknyer aku sejak2 meninggalkan alam pengajian..[tolong ler insaf yer wahai diri]...balik semula pada citer tadi..aku terus berdiri..angkat takbir..qiam..tetiba..ada yg menepuk bahu..mahu berimamkan ku..tergamam!!!...dah lama aku tak alami situasi begini...aku dah lali bersolat seorang diri sejak meninggalkan pengajian 4 thn lalu...klu di rumah mestila dgn Mr. Hubby..di opis..nk solat ngan saper..dah aku jer satu2nyer bunga dlm taman..takkan nk berimamkan suami2 dan pakwe org kot...tak seswaii!!!..heheh..

dulu...setiap kali solat...mmg kami berjemaah..masa kt KIPSAS..[zaman aku..masjid yg besar tepi jalan tuh lum siap lagik] lepas lunch..dengar jer azan kt surau KIPSAS...para muslimahnye berbondong2 ke surau blok di tingkat 2 blok masing2...tiada peraturan mewajibkan solat berjemaah..tiada juga jadual menentukan imam bagi setiap waktu..semua di lakukan dengan sukarela...siapa yg terawal..biasanya dialah yg menjadi imamah...sedar2 siap solat dah berderet makmum di belakang...aku kadang2 nakal juga..tunggu org lain datang dulu..baru aku pegi..kadang2 solat juga di bilik klu surau dah penuh...hehe..

melanjutkan pengajian peringkat degree pula memberi satu fenomena baru dalam hidupku..belajar dalam serba kekurangan..dengan keadaan kami yg menumpang bangunan MPAJ..bak kate sahabat2ku..kita ni benar2 di PUSAT PENGAJIAN TINGGI..yelah belajar ditingkat 8 & 9 bangunan MPAJ Ampang...terperangkap dlm lift tuh perkara biasa..IPT yg ku maksudkan ialah KUIM sebelum ia dikenali dgn nama USIM..kt sini..solat berjemaah pun jadi perkara biasa baik di kampus kuliah mahupun di apartment asrama kami...rindu ku pada riuh gurau senda sahabat sewaktu kita berstudy group...rindu pada kelam kabut menyiapkan tutorial question sebelum di panggil utk present...rindu masa kita bertegang lidah mempertahankan anak guam yg tak pernah wujud dalam mahkamah olok2 [MOOT COURT]...pernah kita bertengkar mempertahankan pendapat..biarpun hanya bersandar teori dan hukum duniawi yg demokrasinya hanya pada buku..tapi tulah corak2 pelangi yg mewarnai hidup selepas kita meninggalkan bangku pengajian..

belek2 gambar...aku senyum sendirian..seribu satu cerita bersama mu sahabat,,,sampai sekarang selesai solat..ku tadah tangan berdoa lazim di tambah doa supaya ku dapat bertemu sahabat2 ku...sungguh ku rindu pada korang semua..

Buat sahabat,
andai ada yg terbaca..hubungilah daku..email me ya.. aliftayaha_1881@yahoo.com

Untuk yang tersayang, fahamilah kerinduanku pada sahabat2ku...bertemu mereka bukan bermakna aku melupakanmu..kehadiranmu adalah pelengkap kehidupanku..[so tlg ler izinkan aku bertemu sahabatku faizahnor nun di Sik Kedah..hehe]

.......................................................................................................................................
banyak lak masa aku bermonolog mlm nih..maklum ler esok hari cuti..wah seronoknya bercuti dengan si comelku hadi..kepada yg berada dan bermastautin di bumi Pahang buat masa ini...Selamat Bercuti Hari Hol Pahang yer...adapun warga Pahaang yang berada selain di sini..koi tokleh nok nolong owk weh...[apsal tetiba slang Temerloh lak yer...layan jerla]

Monday, May 4, 2009

Untuk ibu2..Mother's Day Giveaway~Handbag Free...Jom Join!

Salamwrt..
Hari Ibu makin hampir... momsbloggerplanets dan alicewonders bekerjasama mengadakan this special contest untuk para ibu sekelian...So para ibu..apa lagi!!!..join ler...boleh menang hadiah sehingga RM320...best tuhh kan?

Hadiah Utama...- 1 Beg [Pilih jer mana2 beg2 kat alicewonders.com ]
- 1 Purse hook (penyangkut beg ler)

Consolation prize
- 1 Purse hook


It’s easy to enter. Just follow these steps.

  1. Gi le AliceWonders.com and pilih mana2 beg yg uolls suke...
  2. Leave a comment here by completing the sentence - Me needs a new bag for Mother’s Day because …..
  3. Mention the bag that you want by putting the link to the bag at AliceWonders.com
  4. If you have a blog, write a blog post about this contest and link back to to MomBloggersPlanet.com and AliceWonders.com (and tell us about the post). You can write in Malay or English.

Senang Kan?

Boleh pilih beg yg kowang nak kat link yg ku sebutkan di atas...haih best tuh klu dapat kan?

Terma & Syaratnyer:
  • Terbuka kepada semua warga Malaysia [klu warga lain..tatau la plak]
  • Contest mula 1 May 2009 dan berakhir pada 9 May 2009 [seminggu lebih jer wehh]
  • Dengan masuk contest nih....means uolss tak kisah klu details peribadi uolls dipost dlm MomBloggersPlanet.com and AliceWonders.com
  • AliceWonders.com akan memilih pemenang dan menghantar hadiah kepada yg berjaya
  • Keputusan juri adalah muktamad.
  • Winners di umumkan on MomBloggersPlanet.com and also will be contacted via email.
  • MomBloggersPlanet.com and AliceWonders.com ada hak untuk meminda, membatalkan atau 'meng apa2 sahaja tanpa memberitahu kiter semua....ADA PAHAM?
dan ku telah memilih beg ini....sbb ku suka kalernya..dan byk compartment..so aku tak sesat...ngeh ngeh ngeh....