Mutiara Jiwa

Tuesday, May 12, 2009

Pelaburan Akhirat ....



klu korang rasa korang tak mampu nk bagi duit kat bebudak nih...apa salahnya korang panjang2 kan makluman/entry ini kepada kwn2 yang lain....semoga usaha ini menjadi pelaburan kita di akhirat kelak kerana telah meringankan beban anak yatim yang menjadi sebahagian dari saudara seIslam kita...
-------------------------------------------------------------------------------------------------

ASSALAMUALAIKUM WMT. WBT.
Semoga sahabat-sahabat sekalian sentiasa di dalam lindungan dan rahmat Allah s.w.t

Penempatan Anak-Anak Yatim NADWAH - PERMATA CAMAR yang diasas dan dikelolakan oleh Badan Nadwah Islamiah Pahang (NADWAH) berlokasi di Lot 9015A, Lorong Cempaka 1, Kampung Cempaka, Mukim Penor, 25150 Kuantan merupakan sebuah penempatan anak-anak yatim dan miskin dengan bilangan penghuni ketika ini seramai 29 orang (kesemuanya lelaki)

Sebahagian penghuni rumah anak yatim

Tanah yang diduduki ketika ini seluas 2.05 ekar telah diwakaf oleh seorang individu, dan pada penghujung 2008, PERMATA CAMAR mendapat tawaran untuk memiliki (membeli) tanah bersebelahan, Lot 2196 berkeluasan 2.31 ekar.

Rumah sedia ada di atas sebidang tanah wakaf yg telah di 'renovate' menjadi asrama pelajar


NADWAH merancang untuk membangunkan sebuah kompleks serba lengkap yang mampu memuatkan penghuni sehingga mencapai 100 orang (60 lelaki, 40 perempuan). Justeru itu, langkah untuk membeli tanah bersebelahan difikirkan amat wajar bagi tujuan memberikan ruang yang lebih selesa kepada anak-anak tersebut.


NADWAH mengambil langkah untuk menjual Secara WAKAF Lot Tanah berkenaan pada harga RM20 sekaki persegi. Individu yang berminat bolehlah membeli lot wakaf tersebut dan menyerahkan kembali kepada NADWAH untuk urusan pentadbiran dan pengendaliannya. Lot Tanah yang akan dijual-wakaf hanya terhad kepada keluasan 2.31 ekar sahaja atau keseluruhannya 100,643 lot sahaja.

Borang wakaf boleh di muat turun di sini
Borang wakaf camar

Profail lebih lanjut mengenai Rumah Anak Yatim NADWAH, sila klik
ProfailCamar

Sekiranya anda berada di luar Kuantan dan berminat untuk membeli lot wakaf ini sila ikut step berikut;-

A. BANK-IN KE AKAUN DI BIMB

i. Bank-in secara tunai mengikut jumlah lot yang ingin diwakafkan ke akaun atas nama PERMATA CAMAR di BIMB No. 06019010069849
(Contoh : 5 lot maka bank-in sebanyak RM100.00)

ii. Faks slip tersebut berserta Borang Wakaf yang telah diisi maklumat anda ke 09-5178704 - untuk kami kirimkan Sijil Wakaf berkenaan @

iii. Poskan slip tersebut berserta Borang Wakaf tersebut ke alamat NADWAH.


B. KIRIMAN CEK @ WANG POS

i. Cek @ Wang Pos tersebut mestilah atas nama PERMATA CAMAR

ii. Poskan cek @ wang pos berkenaan berserta Borang Wakaf ke alamat NADWAH


Pihak NADWAH akan mengirim segera Sijil Wakaf (yang hijau diatas) kepada tuan/puan setelah dokumen berkaitan diperoleh.

NADWAH mengalu-alukan kerjasama sahabat-sahabat sekalian untuk mewar-warkan wakaf ini kepada sahabat handai, saudara mara serta rakan taulan. mudah-mudahan mereka akan berlumba-lumba untuk merebut peluang ini. Gunalah apa sahaja medium yg mudah bagi anda menyampaikan perkara ini sebagai satu tangungjawab sosial anda kepada saudara seIslam kita. Hanya Allah yang dapat membalasnya.

“Dan tolong menolonglah kamu dalam (mengerjakan) kebaikan dan takwa dan janganlah kamu tolong menolong dalam berbuat dosa dan maksiat” - (Al-Ma’idah: 2).

"Apabila mati seseorang anak Adam, terputuslah amalannya kecuali tiga perkara, sedekah jariah, ilmu yang diambil orang manfaatnya dan anak yang soleh yang mendoakannya."

"Bantu Kami Untuk Membantu Mereka kerana Sesungguhnya Sumbangan Anda Adalah Cahaya Hidup Mereka"


Mohd Nazri Ibrahim
Setiausaha Kerja I NADWAH
019-9855887


Boleh juga hubungi aku:
012-9638695 (Puan Syida)
09-5178703 (Pejabat)
-------------------------------------------------------------------------------------------------
akcelli ni lah antara projek yg di buat oleh majikan NR...NR tak jaga bahagian anak yatim, tetapi terlibat juga secara tidak langsung...yerla dah NR dok sekretariat..kena la buat jugak...


5 comments:

ima shhs said...

i follow

Ayu Zan said...

salam ziarah...
em..oready link...

joegrimjow said...

insyallah akan berjaya!

AbQar|'s said...

to aYu~ thanks nnt bg address ok?

joegrimjow said...

besh ni