klu korang rasa korang tak mampu nk bagi duit kat bebudak nih...apa salahnya korang panjang2 kan makluman/entry ini kepada kwn2 yang lain....semoga usaha ini menjadi pelaburan kita di akhirat kelak kerana telah meringankan beban anak yatim yang menjadi sebahagian dari saudara seIslam kita... -------------------------------------------------------------------------------------------------
ASSALAMUALAIKUM WMT. WBT. Semoga sahabat-sahabat sekalian sentiasa di dalam lindungan dan rahmat Allah s.w.t
Penempatan Anak-Anak Yatim NADWAH - PERMATA CAMAR yang diasas dan dikelolakan oleh Badan Nadwah Islamiah Pahang (NADWAH) berlokasi di Lot 9015A, Lorong Cempaka 1, Kampung Cempaka, Mukim Penor, 25150 Kuantan merupakan sebuah penempatan anak-anak yatim dan miskin dengan bilangan penghuni ketika ini seramai 29 orang (kesemuanya lelaki)
Sebahagian penghuni rumah anak yatim
Tanah yang diduduki ketika ini seluas 2.05 ekar telah diwakaf oleh seorang individu, dan pada penghujung 2008, PERMATA CAMAR mendapat tawaran untuk memiliki (membeli) tanah bersebelahan, Lot 2196 berkeluasan 2.31 ekar.
Rumah sedia ada di atas sebidang tanah wakaf yg telah di 'renovate'menjadi asrama pelajar
NADWAH merancang untuk membangunkan sebuah kompleks serba lengkap yang mampu memuatkan penghuni sehingga mencapai 100 orang (60 lelaki, 40 perempuan). Justeru itu, langkah untuk membeli tanah bersebelahan difikirkan amat wajar bagi tujuan memberikan ruang yang lebih selesa kepada anak-anak tersebut.
NADWAH mengambil langkah untuk menjual Secara WAKAF Lot Tanah berkenaan pada harga RM20 sekaki persegi. Individu yang berminat bolehlah membeli lot wakaf tersebut dan menyerahkan kembali kepada NADWAH untuk urusan pentadbiran dan pengendaliannya. Lot Tanah yang akan dijual-wakaf hanya terhad kepada keluasan 2.31 ekar sahaja atau keseluruhannya 100,643 lot sahaja.
5 comments:
i follow
salam ziarah...
em..oready link...
insyallah akan berjaya!
to aYu~ thanks nnt bg address ok?
besh ni
Post a Comment